Casemiro dan Varane !
Siapa sangka duo ni hadir ke United dari Real Madrid dikala team United bukanlah ditahap yang membanggakan sejak bersaranya Sir Alex.
Varane datang dibawah era Solskjaer dan semusim selepasnya iaitu musim ini Casemiro pula hadir dibawah era Ten Hag..
Disini boleh lihat bukan saja kewangan United mampu menarik pemain berprofil besar tapi tarikan nama Manchester United itu sendiri juga masih kuat dikalangan pemain bintang..
Ya, mereka datang bukan dalam usia muda dan zaman peak bersama Real Madrid , tapi masih relevan diperingkat tertinggi.
Dan buktinya kedua pemain ini menawarkan sesuatu dalam era Ten Hag musim ini.
Berdepan Barcelona, kedua pemain ini lebih fresh untuk diturunkan. Mode El Classico berdepan Barca harus diaktifkan walaupun mereka kini bersama Red Devil.
United dikatakan akan menggunakan jersey away berwarna putih. Ada laa Vibes Real Madrid sikit..
Fully fit Varane akan dapatkan service beast di barisan belakang. Itu yang Ten Hag tak gunakan kerap sebab kena jaga kaki dan kecergasaanya.
Tanpa Casemiro, United satu pasukan yang berbeza dibarisan tengah. Keberadaannya atas padang memang membawa satu aura yang positif walaupun belum bermain.
Pemain yang akan berikan kestabilan dan menjadi enjin pasukan. Tak perlu dibahas apa kebolehan yang dia tawarkan sebab dia Casemiro kot.
Dua pemain yang sudah biasa dengan suasana liga Spain bermain di pulak di Nou Camp. Sudah merasai envoironment El Classico.
Jika United dapat sesuatu keputusan yang positif dalam perlawanan ini berdepan team Barca yang tengah On Form, Casemiro dan Varane ni adalah sebab kenapa United boleh perolehinya..