Berita Terkini

Dua pemain United membintangi Portugal dan Brazil

7F304095-FCAB-4BE5-B1D2-6D2D835FF780

Hari yang gemilang buat dua pemain tengah Man United Bruno Fernandes dan Casemiro. Keduanya masing-masing membawa negara mereka untuk layak ke pusingan seterusnya dalam piala dunia.

Sebelum itu, Brazil berdepan Switzerland pada perlawanan kedua peringkat kumpulan G. Negara pilihan Brazil memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan 16.

Namun cabaran Switzerland membuatkan kesukaran buat pemain Brazil mencari jaringan. Dengan ketiadaan Neymar, barisan depan Brazil memerlukan seorang pengemudi yang mampu membuat magis dalam perlawanan

Tetapi, selama 83 pemain Swiss bertahan, akhirnya mereka dibolosi juga dengan percubaan cantik oleh pemain tangan United Casemiro. Pemain tengah yang bukan saja ada jantung pertahanan Brazil, tetapi mampu juga jaringkan gol disaat diperlukan..

Selepas itu perlawanan menarik antara Portugal berdepan Uruguay yang melibatkan Bruno Fernandes. Dalam perlawanan yang berakhir tanpa jaringan dibabak pertama bertukar menjadi menarik dibabak kedua

Bruno Fernandes membuka jaringan setelah mengumpan untuk Cristiano Ronaldo namun dilihat tiada sentuhan dari Ronaldo dan gol itu disahkan milik Bruno Fernandes.

Selepas itu Portugal terus mengasak dan pada minit kecederaan Portugal berjaya mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Bruno Fernandes. Pemain itu mampu meledak hatrick namun digagalkan oleh tiang dan penjaga gol..

Aksi yang hebat dari dua pemain United membawa negara mereka layak ke pusingan 16 pasukan

 

 

 

 

dalam sistem kalah mati..

 

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar