Donny van de Beek perli bintang Chelsea

0

Donny van de Beek pasti berharap akan diturunkan pada perlawanan malam ini ketika mana United akan berhadapan Newcastle di Old Trafford. VDB berpeluang untuk berada di kesebelasan utama United selepas Fred digantung untuk 2 perlawanan. Namun teka-teki tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada VDB atau Matic yang bakal diturunkan untuk bergandingan dengan Paul Pogba di bahagian tengah.

Namun baru-baru ini, VDB telah meluangkan masa untuk menonton siaran tv pertandingan ‘dart’. Dia telah memerli bekas rakan sepasukannya di Ajax Hakim Ziyech kerana pemain ‘dart’ tersebut mempunyai iras rupa seperti Ziyech.

Dengan ketiadaan Fred di bahagian tengah, United tidak mempunyai pilihan lain selain VDB atau Matic untuk perlawanan menentang Newcastle dan Young Boys untuk Piala Juara-Juara Eropah nanti. Scott McTominay masih lagi dalam proses pemulihan. Solskjaer tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan pemain tersebut. Paul Pogba dijangka tidak berhadapan masalah untuk terus kekal di bahagian tengah. Cuma siapa gandingannya itu masih menjadi tanda tanya.

Peminat berharap VDB akan mempunyai peluang untuk bermain dalam salah satu perlawanan tersebut. Dia memerlukan minit permainan untuk memastikan dia mendapat tempat dalam pasukan Belanda untuk Piala Dunia 2022 nanti.

- Advertisement -