Buletin Manchester United

Donny-va-de-Beek-mahu-keluar

Donny van de Beek mahu keluar?

Telah menyertai United dengan jumlah perpindahan sebanyak £40 juta daripada Ajax. Donny datang ke United dengan kegembiraan yang jelas kerana keinginannya membantu pasukan United dalam saingan musim ini. Tetapi dengan hanya berjaya membuat 2 penampilan dalam kesebelasan utama United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dia dilaporkan mahu memendekan tempohnya bersama United.

Menurut Daily Star, pemain antrabangsa Belanda ini, telah mengadakan perbincangan dengan Ed Woodward sebelum berakhir musim ini. Dalam perbincangan tersebut, dia menyatakan hasrat ingin meninggalkan United untuk memulakan karier barunya di kelab lain.

Donny yang telah membuat 11 penampilan utama dalam kesemua pertandingan United sertai dan 15 penampilan sebagai pemain gantian hanya dijadikan sebagai pemain alternatif bagi barisan tengah United pada musim ini. Kita dapat lihat, Solskjaer lebih mengutamakan Scott McTominat, Nemanja Matic, Paul Pogba dan Fred di bahagian tengah. Di samping itu, kedudukan Bruno sebagai perancang utama tidak mampu digugat oleh mana-mana pemain.

Pemain antarabangsa Belanda ini dilihat semakin kurang keyakinan ketika turun ke padang. Ia pasti memberi tamparan hebat kepada dirinya untuk bersaing tempat dalam pasukan utama Belanda pada kejohanan Piala Eropah nanti. Dia kelihatan begitu kecewa kerana sentiasa berada di bangku pemain simpanan sambil memerhatikan rakan sepasukan beraksi. Sesuatu perlu dilakukan.