Donny tersenarai dalam 10 pemain Liga Perdana Inggeris terburuk pada musim ini

Walau bagaimanapun, Donny tersenarai dalam pasukan Holland untuk kejohanan Piala Eropah 2020 ini.

0

Seperti rakan senegaranya Ake yang gagal mendapat tempat dalam pasukan City. Ake tidak mampu menggugat gandingan mantap Ruben Dias dan John Stones di pertahana tengah CIty. Donny van de Beek dilihat gagal membuat impak yang baik ketika bersama United pada musim ini. Ini berkemungkinan disebabkan persaingan yang begitu sukar di bahagian tengah.

Bukan isu disebabkan kecederaan, semuanya di atas pemilihan pemain oleh Ole Gunnar Solskjaer. Solakjer telah membawa masuk Donny dengan nilai 40 juta pound daripada Ajax pada September 2020.

Dia dilihat ketika di bawa masuk mampu menjadi pemain utama di bahagian tengah United bersama-sama dengan Pogba. Akan tetapi, dia adalah pemain pilihan yang ke 6 bagi Solskjaer di belakang Pogba, Bruno, Scott McTominay, Fred dan Matic.

Pemain bermusia 23 tahun itu gagal mendapat minit permainana yang diharapkan selepas dia terus tidak berada di kesebelasan utama United. Dia hanya menjaringkan 1 gol dan 2 assists untuk 36 penampilannya bersama United sebagai pemain gantian khususnya.

Namun ada yang memperkatakan, Donny bakal melalui perjalan karier seperti Fred yang gagal menyerlah pada musim pertama bersama United. Namum keadaan ini berbeza, kedudukan Bruno dan Pogba sukar di gugat pada ketika ini. Gandingan Pogba dan Bruno telah membantu United berada di kedudukan kedua dalam liga.

- Advertisement -