Donny seru rakan sepasukannya bangkit untuk perlawanan seterusnya

0

Donny van de Beek semalam mendapat peluang untuk bermain ketika United menentang Young Boys semalam. Dia telah bergandingan dengan Fred dan berjaya mengawal permainan dengan baik di sepanjang perlawanan sebelum Wan-Bissaka dilayangkan kad merah. Perkara itu telah mengubah corak permainan United dan dia telah dikeluarkan pada separuh masa pertama dengan United memasukkan Raphael Varane.

Peluang untuk dia mempamerkan aksinya terbantut sehingga waktu itu sahaja walaupun dia bermain baik pada 30 minit pertama itu. Dia telah berjaya membuat jumlah ‘interception’ yang sama dengan Fred yang bermain 89 minit permainan. Bagi mengelakkan kontroversi yang lebih ketara mengenai dirinya, Donny telah muat naik mesej di IG nya. Dia telah menggesa rakan sepasukannya itu kembali bangkit untuk perlawanan seterusnya.

United akan berhadapan West Ham untuk 2 perlawanan berturut-turut. Satu dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan satu lagi Piala Carabao. Dia pasti akan mendapat peluang untuk bermain dalam salah satu perlawanan tersebut. Dia telah buktikan pada 45 minit pertama pada hari semalam dan dia harus diberikan peluang untuk bermain untuk United.

- Advertisement -