Don Conte In Ole Out?

0

Pasca kekalahan kepada wakil pendahulu liga Swiss, Young Boys dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah, nasib Ole Gunnar Solksjaer kini menjadi taruhan.

Beberapa nama terkenal dikalangan pengurus bolasepak telah terkait untuk menggantikan bekas lagenda Manchester United itu. Antaranya ialah Antonio Conte yang kini masih mengintai peluang kembali semula di kancah Liga Perdana Inggeris.

Sepertimana dilaporkan oleh koresponden terkenal dari Itali, Gianluca Di Marzio, pengurus berusia 52 tahun tersebut hanya akan ke pasukan yang mempunyai ‘keinginan dan cita-cita’ memenangi kejuaraan.

Bekas pengurus bersama Juventus dan Inter Milan itu juga tidak asing dengan atmosfera di England kerana beliau sebelum ini pernah mengangkat trofi liga ketika membimbing Chelsea pada satu ketika.

Conte dikhabarkan bersedia bekerjasama sekiranya khidmatnya diperlukan oleh hierarki tertinggi Red Devil’s untuk menggantikan Ole Gunnar Solksjaer.

Pengurus kelahiran Lecce, Itali itu sememangnya terkenal dengan kesungguhan serta semangat luarbiasa sewaktu melatih mana-mana pasukan. Enigma dan eksperesi beliau dilontarkan melalui gerak kerja mahupun cara keraian jaringan yang dilakukan oleh para pemain.

Meski begitu terdapat pro dan kontra sekiranya Conte mengambil alih jawatan pengurus di Old Trafford.

Seperti sedia maklum, beliau seorang ‘tactician’ yang gemar menggunakan bek bertiga didalam skema tiga pertahanan. Don Conte turut gemar mengaktifkan peranan bek sayap di kedua-dua sisi yang sangat mobilti dan aktif dalam melancarkan serangan.

Selain itu, role no.10 yang kini digalas oleh Bruno Fernandes turut terancam. Conte juga berkemungkinan akan meminta satu lagi transaksi pembelian pemain yang boleh mengikut acuan beliau pada jendela perpindahan musim sejuk kelak.

Namun kesemua itu mungkin dapat dirundingkan seandainya kedua-dua pihak iaitu Antonio Conte dan keluarga Glazer selaku pemilik kelab mendapat kata putus. Kerana terdapat desakan dan kritikan dengan polisi semasa kelab yang terus menerus mempercayai kewibawaan atau kredibiliti Ole Gunnar Solksjaer selepas pelbagai akses telah diberikan kepadanya.

– Jika benar perkara ini berlaku, sekali lagi Manchester United akan ‘reset’ selepas tiga musim di fasa ‘trust the process’. Dan itu juga bakal menyaksikan Theatre of Dreams dipimpin oleh pengurus berasal dari negara Itali buat pertama kalinya.

Filosofi baharu. Falsafah baharu. Impian yang sama.

Jadi bagaimana pendapat anda?

- Advertisement -