Dokumentari Rooney Dan Kesihatan Mentalnya

0

Wayne Rooney mendedahkan beliau pernah mendapatkan bantuan untuk kesihatan mentalnya ketika menggalas beban tugasan di Manchester United dan England.

Bercakap dalam previu dokumentari Rooney yang akan ditayangkan di Amazon Prime pada awal tahun depan, lagenda United itu berharap dokumentari tersebut dapat memberikan pemahaman sebenar kepada penonton mengenai apa yang bermain di fikirannya sepanjang karier beliau yang penuh bermakna.

” Orang sering bercakap mengenai kesihatan mental dan saya akui perkara itu ” kata Rooney.

” Ianya tentang kesedaran terhadap apa yang sedang kamu fikirkan dan kamu cuba berdepan dengan tekanan bermain untuk Manchester United dan dalam masa yang sama berusaha untuk berjaya ketika beraksi untuk negara kamu apatah lagi diberikan peranan sebagai kapten pasukan. ”

” Menjadi pemain yang semakin dikenali semasa berusia 16 tahun dan kemudiannya dipanggil mewakili negara pada usia 17 tahun adalah sesuatu yang baru bagi saya. Saya terpaksa menghadapinya sendirian dan sudah pasti beberapa kesilapan akan berlaku dalam tempoh tersebut. ”

” Dalam kehidupan seorang pemain muda bolasepak, mereka melalui banyak kesukaran. Ketika berdepan situasi teruk, saya sendiri ada kalanya tidak mahu orang lain mendekati saya. ”

Salah satu situasi terburuk Rooney adalah layangan kad merah dalam Piala Dunia 2006 bilamana rakan sepasukan di United, Cristiano Ronaldo turut dikatakan cuba mempengaruhi pengadil supaya mengeluarkan Rooney selepas kekasaran yang dibuat ke atas Ricardo Carvalho.

Rooney menambah:  ” Orang tetap melihat saya dengan cara yang berbeza. Bagi saya, lebih bagus jika orang mengingati saya kerana mengenali diri saya yang sebenar dari mengambil peduli tentang apa yang saya pernah lakukan. “

- Advertisement -