Di’Shon Bernard – Tidak bernasib baik pada penampilan pertamanya

0

Pemain Muda yang berusia 20 tahun ini, Di’Shon Bernard tidak bernasib baik ketika mendapat ‘debut’ pertama.

Bernard telah mendapat ‘debut’ bersama skuad utama United pada 2019 ketika perlawanan Liga Europa menentang Astana. Dia telah bermain dengan baik tetapi secara tidak sengaja telah menjaringkan gol sendiri.

Pada musim ini dia telah dipinjamkan ke Hull City. Perlawanan pertama bersama Hull City ialah menentang Wigan Athletic dalam Piala Carabao.

Pemain Muda ini telah dapat menyesuaikan diri dengan permainan Hull City dan hampir-hampir menjaringkan gol melalui tandukan. Perlawanan diheret ke sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Bernard sekali lagi kurang bernasib baik apabila sepakan penalti yang dia melambbung tinggi jauh tersasar di atas palang gol. Sekaligus menyebabkan Hull City tersingkir dari kejohanan itu.

Kegagalam menyempurnakan sepakan penalti seperti itu menang sukar untuk diterima tetapi kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan di bahu pemain muda ini sahaja. Bernard seorang pemain pertahanan tengah yang tugasnya menahan bola dari dijaringkan pihak lawan. Dia mungkin tidak biasa mengambil sepakan penalti tersebut. Perkara ini merupakan pengajaran baginya di masa hadapan.

Bernard juga dilihat berhadapan dengan bekas pemain akademi United, Wil Keane yang ketika ini menjadi penyerang Wigan Athletic.

Simon Peach memberitahu media mengenai Di’Shon Bernard, “Pemain muda ini hampir membawa kemenangan kepada Hull City dalam separuh masa kedua, tetapi nasib tidak menyebelahi kami”.

Bernard juga telah memulakan pra-musim bersama Manchester United dan bermain dengan baik ketika diberi peluang.

Pada musim lepas, Bernard telah dipinjamkan ke Salford City dalam League Two dan kini mengorak langkah ke League 1 bersama Hull City. Kali ini dia telah bersama skuad utama Hull City dan sekiranya bermain baik, dia boleh membawa Hull City ke Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Dia juga boleh kembali ke skuad utama United dengan prestasi yang cemerlang supaya dapat menjadi pelapis yang hebat kepada pemain senior United.

- Advertisement -