Di’Shon Bernard berterima kasih disebabkan penampilan pertamanya dalam liga ‘Championship’

0

Di’Shon Bernard merupakan salah seorang pemain muda United yang berjaya buat penampilan ketika perlawanan persahabtan pra-musim United awal musim ini. Pada musim lepas dia telah dipinjamkan ke Salford City di liga ‘League Two’ dan pada musim ini pula dia dipinjamkan ke Hull City di liga ‘Championship’. Ini merupakan perkembangan yang bagus bagi anak muda ini kerana boleh bermain di liga yang lebih baik.

Di'Shon-Bernard-berterima-kasih2-disebabkan-penampilan-pertamanya

Pada perlawanan pertama Hull City, Di’Shon Bernard hanya berada dibangku simpanan. Namun pada perlawanan ke-2 ini, dia berjaya berada dalam kesebelasan utama Hull City sekaligus membuat penampilan pertama dalam liga ‘Championship’. Pada perlawanan tersebut, Hull City telah tewas 0-2 di tempat lawan kepada pasukan yang lebih baik iaitu Fulham hasil jaringan Aleksandr Mitrovic dan Jean Michel Seri.

Apa yang baiknya, walaupun Hull City tewas, ia merupakan satu pengalaman berharga kepada Di’Shon yang bermain 90 minit permainan kerana berpeluang berhadapan dengan pemain bertaraf antarabangsa. Perkara ini lebih baik jika dibandingkan semasa dia bermain di liga ‘League Two’ pada musim lepas. Dalam pada itu, Di’Shon ada bermain dalam saingan Piala Carabao bersama Hull Citypada minggu lepas, namun mereka telah di tewaskan menerusi sepakan penalti di mana Di’Shon gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir.

Di’Shon telah memenangi 3 ‘aerial duel’ dan 3 ‘interceptions’ dalam perlawanan tersebut, dan merupakan yang terbanyak dikalangan pemain pertahanan Hull City. Pemain berusia 20 tahun ini berharap dapat diturunkan pada perlawanan seterusnya menentang Bournemouth sebelum menentang pasukan rakan sepasukannya di United Ethan Laird yang kini dipinjamkan ke Swansea City.

- Advertisement -