Di’Shon Bernard berjaya rantai bekas pemain Liverpool

0

Di’Shon Bernard kini dipinjamkan ke Hull City yang bermain di liga ‘Championship’. Dia telah berjaya membuat penampilan ke-3 bersama pasukan tersebut pada Sabtu lepas. Hull City seri 0-0 menentang Bournemouth.

Prestasi semasanya mendapat pujian dikalangan peminat Hull City selepas berjaya merantai baik bekas penyerang Liverpool Dominic Solanke. Di’Shon Bernard berkata, ‘Bournemouth merupakan pasukan yang kuat dalam liga ini. Mereka telah bermain dengan baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada sebelum ini. Ia merupakan satu ujian yang baik bagi kami.’

Kualiti bekas pemain Liverpool ini.

‘Mereka mempunyai pemain penyerang yang berkualiti dalam membuat larian di belakang barisan pertahanan.’ ketika bercakap mengenai Solanke. ‘Saya dan Greavesy berjaya mengawal barisan pertahanan dengan baik. Saya sentiasa berkomunikasi dengannya di sepanjang perlawanan. Kami berjaya melakukannya dengan baik. Kemungkinan ada di kawasan tertentu saya boleh melakukan dengan lebih baik tetapi inilah sebahagian daripada permainan. Saya berharap dapat memperbaiki kelemahan dan berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan seterusnya.’

‘Cleen sheet pertama untuk Di’Shon Bernard.

Solanke telah berhijrah ke Bournemouth dengan nilai perpindahan 19 juta pound. Bournemouth tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lepas manakala Hull City berjaya layak ke liga ‘Championship’. Persembahan pada Sabtu lepas menunjukkan Di’Shon Bernard mampu bermain dengan baik di liga ‘Championship’. Mari sama-sama kita berharap dia dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim ini bersama Hull City.

Pada minggu lepas Di’Shon Bernard menentang pemain berpengalaman Fulham Alexandar Mitrovic. Perlawanan tersebut lebih kepada permainan fizikal. Semua ini satu proses pembelajaran yang baik bagi karier Di’Shon Bernard. Teruskan dan selamat maju jaya Di’Shon Bernard

- Advertisement -