Diogo Dalot semakin serasi bersama pasukan AC Milan

0

Khabar angin hangat sedang diperkatakan, AC Milan berminat untuk mendapatkan terus khidmat Diogo Dalot .AC Milan dijangkakan akan membuat tawaran rasmi kepada pasukan United untuk membeli pertahanan kanan muda United itu.

Diogo Dalot merupakan pertahanan kanan muda United yang dibeli dari Porto pada tahun 2018. Walau bagaimanapun Dalot mempunyai kesukaran untuk berada di dalam kesebelasan utama United kerana persembahan cemerlang yang dipamerkan Wan-Bissaka. Wan-Bissaka menjadi pilihan utama Solskjaer. Dalot kemudian dipinjamkan ke AC Milan untuk membolehkan dia mendapat minit permainan dan memperoleh pengalaman.

Pengurus AC Milan, Stefano Pioli berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Dalot sepanjang berada secara pinjaman di AC Milan. Walaupun Dalot bukanlah pemain utama, tetapi apabila diberi peluang bermain sebagai pemain gantian, dia mempamerkan aksi yang bagus. Pioli merasakan Dalot mempunyai masa depan yang baik untuk menjadi pemain pertahanan kanan yang bagus kerana dia baru berusia 21 tahun.

AC Milan dijangka akan membuat tawaran rasmi pada penghujung musim ini. Dalot yang dilihat tidak berada dalam perancangan Solskjaer berkemungkinan akan dijual oleh United.  United bersedia menerima tawaran yang sewajarnya bagi mendapatkan pemain muda yang berasal dari Portugal ini.

 

- Advertisement -