Diogo Dalot gusar masa depannya pada musim hadapan

Bagaimanakah kedudukan Diogo Dalot ketika bersama pasukan Solskjaer pada musim hadapan?

0 119

Diogo Dalot menyatakan rasa kerisauan mengenai masa depannya pada musim hadapan selepas dia dipinjamkan kepada AC Milan pada musim ini.

Pemain pertahanan kanan ini berjaya mendapat pengalaman yang berharga ketika bermain bersama AC Milan dalam Liga Serie A. Dia telah berjaya membuat 21 penampilan dengan kelab tersebut.

Ac Milan berjaya mendapat kedudukan yang kedua dibelakang Juara liga Inter Milan. Dia juga telah membuat penampilan dalam kejohanan Piala Europa termasuk ketika menentang United.

Dalot telah mempamerkan persembahan yang baik sepanjang musim ini. Dia boleh bermain di bahagian pertahanan kiri dan kanan serta berjaya mengikut arahan dari segi taktikal permainan AC Milan.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun ini mengakui gusar menjelang kempen liga yang akan bermula untuk musim hadapan. Dia juga tidak menolak untuk kembali bersama AC Milan jika diberi peluang.

Dalot ditemubual di La Gazzetta dello Sport berkata, ‘Saya akan menjadi pemain yang bertambah bagus jika terus bermain dengan baik seperti musim ini.’

‘Penduduk di Itali ini sangat gemarkan bola sepak. Ia merupakan sebahagaian daripada budaya mereka dan menjadikan pengalaman yang berharga buat diri saya ketika berada di sini. Semasa di atas padang, saya merasakan saya telah bermain dengan baik bersama rakan sepasukan.’

‘Saya banyak belajar mengenai aspek ketika bertahan dan ia sangat membantu meningkatkan kualiti permainan saya.’

‘Saya juga semakin bagus dalam melakukan pressing ke arah pemain lawan dan recovering untuk mendapatkan bola semula. Sangat berguna ilmu-ilmu yang saya pelajari di sini.’

‘Saya sangat menhargai bermain dengan pasukan AC Milan kerana dalam masa yang sama saya ada impian untuk bersama dengan pasukan Portugal untuk kejohanan Piala Eropah nanti. Namun saya tidak tahu mengenai masa depan saya pada musim hadapan.’