Diogo Dalot gembira untuk terus berada di Milan

0

Diogo Dalot  telah dipinjamkan ke AC Milan pada perpindahan awal musim ini. Pemain pertahanan United ini mempunyai misi tersendiri iaitu untuk kembali bermain dalam kesebelasan utama. Dalot yang telah mengalami kecedaraan pada sebelum ini sukar mendapat tempat dalam kesebelasanan utama Ole Gunnar Solskjaer. Lalu Dalot membuat keputusan untuk meninggalkan United secara pinjaman ke AC Milan selama setahun.

Dalot telah membuat 17 penambilan, menjaringkan 2 gol dan mencipta 1 peluang gol kepada rakan sepasukan. Dalot gembira untuk terus berada di Milan. Ini kerana dia telah mendapat peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama setelah mengalami kecederaan yang lama pada sebelum ini di United.

‘Ketika saya menerima tawaran daripada Milan, apa yang bermain dalam fikiran saya ialah kembali beraksi di atas padang. Saya sudah cukup lama berehat.’ kata Dalot. ‘Saya ingin membuktikan yang saya mampu berusaha bersungguh-sungguh dan akan cuba mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Saya yakin saya boleh melakukannya.’

Pasukan AC Milan kini berada dipuncak liga. Dalot sangat gembira dengan dorongan daripada pengurus pasukan, Stefano Pioli. ‘Saya suka cara dia berkomunikasi dengan para pemain. Semua pemain berasakan diri mereka istimewa untuk pasukan. Kami semua diberi peluang untuk bermain pada setiap kejohanan. Dia telah melakukan kerjanya dengan bagus sekali.’

‘Kami mempunyai pemain yang berkualiti seperti Zlatan Ibrahimovic, staff yang bagus seperti Daniele Bonere atau Dida. Mereka menjaga keseimbangan pasukan dengan baik dan saya yakin kami mampu merasai gelaran pada akhir musim nanti.’

AC Milan berjaya layak ke pusingan 32 pasukan terbaik bagi Piala Europa. Mereka akan berhadapan dengan pasukan Red Star Belgrade. ‘Kami menghormati pasukan yang kami lawan. Bukan kerana AC Milan ini satu pasukan terkenal di Itali, maka kami boleh menjaminkan kemenangan. Mereka lawan yang berbahaya, kami akan berhati-hati pada perlawanan tersebut.’

 

- Advertisement -