Diogo Dalot bantu Portugal layak ke Perlawanan Akhir

Portugal menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Eropah bawah 21 tahun.

0 101

Pemain pertahanan serba boleh United, Diogo Dalot telah meraikan kejayaan bersama dengan pasukan Portugal bawah 21 tahun selepas melayakkan tempat ke perlawanan akhir Piala Eropah bawah 21 tahun.

Dalam perlawanan separuh akhir itu, Portugal telah menewaskan Sepanyol dengan jaringan 1-0. Walau pun pasukan Sepanyol lebih mendominasi perlawanan, akan tetapi mereka gagal menembusi pertahanan pasukan Portugal yang dibantu oeleh Diogo Dalot.

Portugal berjaya mendapt gol tunggal menerusi jaringan sendiri pemain pasukan Sepanyol.

Dalot telah memuat naik status di media sosial,’Kejayaan berterusan kerana kami kini berada di peringkat akhir. Ayuh bersama menyokong pasukan kami tanpa kenal erti penat.’

Dalot kini berada 1 perlawanan dari memenangi piala dalam karier peribadinya. Dalot dan pasukan Portugal telah memperolehi clean sheet dalam 4 perlawanan daripada 5 perlawanan yang mereka tempuhi.

Kekuatan dan kekebalan barisan pertahanan pasukan bawah 21 tahun Portugal menjadi nadi kepada pasukannya berada di peringkat akhir kejohanan tersebut. Meraka akan bertemu dengan pasukan Jerman dalam perlawanan akhir selepas pasukan Jerman menewaskan Belanda diperingkat separuh akhir.

Kejayaan Portugal pada kejohanan ini akan dapat membantu pihak pengurusan United untuk membuka mata dalam persediaan United pada musim hadapan. Masa depan Dalot masih menjadi tanda tanya kerana United dikhabarkan sedang berusaha mendapat Trippier pada jendela perpindahan musim ini.