Berita Terkini

Dilema Edinson Cavani atau Anthony Martial

Dilema Edinson Cavani Atau Anthony Martial

Manchester United akan menentang Arsenal awal pagi ini. Perlawanan ini penting selepas United tewas mengejut ketika menentang pasukan bawahan liga Sheffield United. Ole Gunnar Solskjaer perlu membuat pilihan siapa yang perlu mengetuai barisan penyerang United yang dilihat tumpul beberapa perlawanan lepas. Keputusan memilih Edinson Cavani atau Anthony Martial perlu dilakukan.

Selain itu,  keseluruhan pasukan perlu bangkit kembali mendapatkan rentak kemenangan seperti yang dicapai United pada sebelum ini. Kemenangan menentang Arsenal pasti mengubati luka kekelahan mengejut lepas.

Pengalaman

Apabila kita melihat kepada pengalaman, pasti Edinson Cavani merupakan pilihan utama. Tidak di nafikan, Martial juga seorang pemain yang bagus selepas dapat mempamerkan permainan mantap pada musim lepas dengan menjadi penjaring terbaik United. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, pemain yang berpengalaman pasti berharga ketika detik-detik penyerang United seperti dilihat kehilangan sentuhan dihadapan gol.

Daripada 13 perlawanan liga untuk penampilan Cavani, hanya 4 perlawanan melibatkan Cavani sebagai pemain dalam kesebelasan utama. Apabila dia dipanggil untuk beraksi, Cavani telah mempamerkan semangat yang bagus ketika United memerlukan khidmatnya, Buktinya, ketika perlawanan menentang Liverpool. Cavani begitu selesa bergerak di kawasan kubu pasukan lawan. Pergerakan serta larian yang dilakukan Cavani, memberikan ruang kepada Rashford untuk beraksi dengan lebih bebas.

Keberkesanan

Pengalaman adalah penting, tetapi siapa bakal menjadi pemain yang dijangka mampu memberi keberkesanan kepada pasukan jika dipanggil untuk beraksi. Cavani pernah membuktikan pada bulan November lepas, ketika kedudukan United ketinggalan 2-1. Cavani dibawa masuk dan menjaringkan 2 gol penting dalam perlawanan berkenaan. Tetapi Martial gagal membuktikan detik-detik berkenaan sepanjang dia bermain pada musim ini.

Martial telah menjaringkan 2 gol dalam 16 perlawanan dan daripada jumlah tersebut 10 daripadanya adalah bermain dalam kesebelasan utama United. Cavani yang 8 tahun lebih tua dari Martial telah menjaringkan 4 gol walaupun hanya bermain selama 530 minit dibandingkan dengan Martial selama 1152 minit. Martial yang lebih berperanan dalam menunggu bola di dalam ‘final third’ dan memberikan ruang kepada Bruno dan Rashford untuk melakukan serangan.

Pencipta peluang

Apabila anda memainkan pilihan 3 pemain penyerang di hadapan, apa yang Solskjaer terapkan adalah serangan balas yang pantas. Jadi Martial adalah pemain yang layak. Dia mempunyai kepantasan untuk merobek barisan pertahanan lawan. Teknik ‘skillfull’ pada pergerakan kakinya amat digemari oleh Solskjaer.

Dia mampu menewaskan pemain dalam situasi 1 lawan 1. Martial telah mencipta 3 peluang gol untuk rakan sepasukan di samping 13 hantaran penting sepanjang 16 penampilannya. Untuk Cavani pula, dia telah mencipta 2 peluang gol kepada rakan sepasukan dan 4 hantaran penting. Tetapi perlu kita ingat, Cavani mempunyai jumlah permainan yang kurang dibandingkan dengan Martial.

Penyudah yang berbisa

Ini adalah faktor di mana Martial tidak dapat dibandingkan dengan Cavani. Cavani mempunyai pengalaman bermain di Itali, Perancis dan kejohanan besar seperti Liga Juara-Juara Eropah. teknik dia menjaringkan gol sangat berkualiti. Secara nombornya, Cavani telah menjaringkan 1 gol dalam 133 minit permainannya. Martial pula menjaringkan 1 gol dalam 576 minit permainan.

Dari segi percubaan, Martial telah melakukan 33 percubaan pada musim ini dengan purata 2.6 percubaan dalam tempoh 90 minit permainan. Manakala Cavani pula telah membuat 19 percubaan dengan purata 3.2 percubaan dalam tempoh 90 minit.

Daripada data berkenaan, menunjukkan Cavani mempunyai kualiti percubaan yang bagus. Selain itu statistik sentuhan bola menunjukkan Martial hanya membuat 89 sentuhan di kawasan pasukan lawan manakala Cavani telah membuat 30 sentuhan di dalam kotak penalti pasukan lawan. Itulah perbezaan diantara kualiti penyerang bertaraf dunia apabila berada di dalam kotak penalti.

Semangat Kesukanan

Kedua-dua pemain ini telah mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika bermain untuk United. Tetapi sekali lagi, Cavani mempamerkan statistik nombor yang lebih baik dari Martial. Cavani telah melakukan 6 bentesan sepanjang 13 penampilannya. Manakala Martial hanya mencatatkan 1 bentesan. Selain itu, Martial telah kehilangan banyak bola daripada dibandingkan rakan sepasukannya. Martial namum begitu telah mencatatkan 27 ‘recoveries ball’ jika dia kehilangan bola dibandingkan dengan Cavani yang mencatatkan 16 ‘recoveries ball’.

Kesimpulannya, semua ini bergantung kepada Solskjaer. Perlawanan menentang Arsenal bakal menjadi titk kebangkitan United. Solskjaer perlu memilih sama ada menurunkan Martial atau Cavani dalam perlawanan ini. Pertahanan Arsenal mungkin tidak sekebal pertahanan Manchester City.

Tetapi cara permainan Arsenal di Old Trafford  yang melakukan serangan balas mampu memerangkang pasukan United. Arsenal mungkin akan lebih bertahan di samping menunggu kesilapan daripada pasukan United. United pula, jika ingin mengawal bola, Cavani adalah calon yang sesuai jika di bandingkan Martial. Tetapi jika United yang bertahan, maka Martial adalah calon yang akan diturunkan. Segalanya bergantung kepada cara taktikal yang akan diberitahu oleh Solskjaer.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

244

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Erik Ten Hag dijangka akan memberikan maklumat terkini tentang Tyrell Malacia dalam sidang akhbar hari Jumaat, selepas minggu lalu mendakwa bek kiri Belanda itu dikatakan semakin pulih selepas melalui beberapa siri kecederaan berulang.

United tidak dapat memanggil semula Alvaro Fernandez daripada pinjaman beliau di Benfica. Pemain telah dihadkan hanya bermain perlawanan rasmi untuk dua kelab (di mana Fernandez telah beraksi untuk Granada dan Benfica) dalam satu musim. Tambahan pula perpindahan pinjaman berkenaan telah di selitkan dengan klausa pembelian tetap pada harga €6 juta, yang akan menjadi pembelian wajib jika beliau memulakan 50% daripada baki perlawanan Benfica semasa tempoh pinjaman.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Erik Ten Hag dijangka akan memberikan maklumat terkini tentang Tyrell Malacia dalam sidang akhbar hari Jumaat, selepas minggu lalu mendakwa bek kiri Belanda itu dikatakan semakin pulih selepas melalui beberapa siri kecederaan berulang.

United tidak dapat memanggil semula Alvaro Fernandez daripada pinjaman beliau di Benfica. Pemain telah dihadkan hanya bermain perlawanan rasmi untuk dua kelab (di mana Fernandez telah beraksi untuk Granada dan Benfica) dalam satu musim. Tambahan pula perpindahan pinjaman berkenaan telah di selitkan dengan klausa pembelian tetap pada harga €6 juta, yang akan menjadi pembelian wajib jika beliau memulakan 50% daripada baki perlawanan Benfica semasa tempoh pinjaman.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

44 minutes ago

18 CommentsComment on Facebook

Pemain muda xbagi peluang duk bagi senior xbole pakai..

harry amass kan ada 😂

Brandon Williams masih player kita. Bagilah peluang kedua pada dia.. dah terdesak nie..

Salah siapa

Mantap menyu punya investment

Yang boleh backup pegi loan kan , yang loan pegi terminate kan . Harapkan la lagi shaw dengan malacia je kat lb tu .

Kalo susah sangat ambik aku je la

Antony tu calon terbaik utk posisi LB dalam keadaan sekarang,mohon laa pak tenhek gunakan dia posisi tu. Rekod trackback dia bagus,boleh buat defnsif tackle dan kelajuan dia susah winger lawan nak tinggalkan mcm selalu jd kat lindelof di LB.

Kiri bg la dalot/amrabat...boleh buat larian intercep....kanan boleh try lindelof....sekurang2nya lindelof.mmg kaki kanan dan leh buat long ball pass....

Atok dulu menang ngn Wenger main pakai pertahanan je semua..pandai2 botak lah nk urus cmne. Nk letak anton main LB pun apa masalahnya. Kreativiti masing2..takkan hal camni pun dh pening. Jauh lagi perjalanan nk bimbing kelab besar ni.

Kalau bw pulak macam mana. Takleh panggil balik jugak sekarang?

Elok.ada Bek Tothenam p bg balik hahaha regulion tu dah ok dah..

Mistake terlalu awal lepaskan Reguilon..sepatutnya kekal kn Reguilon sampai habis season..terlalu confident dgn kesembuhan Shaw 100%..perlu ada back up kpd Shaw terlebih dahulu kecuali Malacia sudah cergas sepenuhnya barulah boleh release Reguilon.

Nampaknya ten hag dah kelam kabut pertahanan tidak kukuh.. habislah..ada pemain cergas di jual dan di loan habis..haiyaa

Aduhh kacaww..bw kasi pnggil first E..dah hujung2 nie

Loan lagi player ape ke apr

Bro just dissapeared in thin air..mengalahkan maternity leave. Speedy recovery Malacia. Skrg regret lah. Masa nak loan & jual tak pikir panjang yg utd ni ramai collection kaca.

Shaw tak cergas. AWB cedera lagi. Malacia dah mati katanya. Reguilon dah dilepaskan. Fernandez dipinjamkan. Tinggallah abang Dalot sorang bek sisi yang cergas sepanjang musim ni. Harry Amass pula baru 16 tahun, awal sangat nak bagi main. Keputusan2 kelab yang dilihat canggung memberikan impak besar terhadap ketersediaan pemain2 skuad utama. Matilahnak.

Load More

| BMU - Petikan Kata |

Sir Jim Ratcliffe bercakap kepada MUTV:

Saya sudah mempunyai banyak wang daripada industri minyak dan gas, jadi tidak perlu mencari lebih banyak wang daripada Manchester United. Ini bukan pelaburan kewangan.

Niat murni saya adalah untuk mengembalikan kelab ini ke era kegemilangan mereka.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC 💪🏻🔴

| BMU - Petikan Kata |

Sir Jim Ratcliffe bercakap kepada MUTV:

"Saya sudah mempunyai banyak wang daripada industri minyak dan gas, jadi tidak perlu mencari lebih banyak wang daripada Manchester United. Ini bukan pelaburan kewangan."

"Niat murni saya adalah untuk mengembalikan kelab ini ke era kegemilangan mereka."

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC 💪🏻🔴
... See MoreSee Less

5 hours ago

98 CommentsComment on Facebook

Jgn kecek saje srupo zambualllll sudah la

Kasi tunjuk hasil la dlu.. bru bole sembang.. huhu jgn2 kita da kena tipu x haha..

Good Luck Sir!

Mantap!

Sheikh Jassim is watching....

Buktikan dulu ye..

Nak jugak sheikh jassim!!!😭😭

Glazer's lagii bertambah senyum

Semoga berjaya mengembalikan kegemilangan MU..GGMU

Yg ni yg kita nak dengar ..

abg jual burger ke?

Tunggu dan lihat..

Muka ada sinyum. Moga ada manyis-manyis

Keluarga Glazer tersenyum riang membaca petikan kenyataan Sir Jim Ratcliffe.

x kesah la apa tujuan dia nk jadi owner yg penting ada kemajuan utk kelab

Mantap.👍

Mantap pak abu

Cantik mabapeee

Semoga dia dpt tendang glazer family secepat mungkin..

Aku taknak puji dulu.

Mantap boss..

Mantap. Kasi cepat kick out the Glazers

in SJR we trust 💪💪🔴🔴

harap apa yg di katakan..akan di.kotakan...tp setakat ni mmg positif...

Klu niat DIA hanya Minat utk sukan trutama naikan blik manutd bguslah

Load More