Diego Simone akui Saul Niguez akan tinggalkan Atlético Madrid. Namun ke Chelsea atau ke United?

0

Khabar angin mengenai kehadiran Saul Niguez ke United bertiup kencang selepas keputusan seri United baru-baru ini. Fabrizio Romano telah memberitahu di Twitternya yang pemain tengah Atlético Madrid itu akan meninggalkan kelab tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup.

Berikut adalah maklumat yang di ambil dari Twitter milik Fabrizio

Namun United perlu bersaing dengan Chelsea dalam usaha mendapatkan Saul kerana peluang untuk mendapatkan pemain ini tidak datang dengan semudah kali ini. Persembahan yang dipamerkan oleh Matic dan Fred dalam oerlawanan lepas dilihat menyebabkan United perlu melakukan sesuatu dibahagian tengah mereka pada ketika ini.

Berikut adalah kesebelasan utama Atlético Madrid dalam perlawanan liga baru-baru ini

Saul telah bermain di posisi sayap pada musim ini, dia tidak bermain di posisi asalnya iaitu pemain tengah. Dia telah bermain di bahagian sayap kiri dengan berperanan seeprti ‘wing-back’ bahagian kiri dengan 3-5-2 formasi di bawah kendalian Diego Simmeone. Namun perkara itu tidak menghalang untuk Saul terus mencipta ‘assist’ kepada pasukannya ketika menewaskan Celta VIgo 2-1 pada perlawanan pertama liga mereka.

Namun persoalaanya, adakah Saul merupakan pemain yang benar-benar United perlukan pada ketika ini? Dia telah bermain di bahagian sayap dan United mahukan dia bermain di posisi tengah? Jika Saul benar-benar datang ke England, maka dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris. Pasti ia akan memakan masa yang lama untuk dia berada dalam kesebelasan utama United nanti.

Dengan peranan utamanya di bahagian tengah pasti ia merupakan satu perkara penting yang perlu diambil kita. Kita bukan kata dia tidak mampu lakukan, namun corak permainan La Liga dan Liga Perdana Inggeris adalah berbeza. Pada bulan lepas Diego Simeone telah mengakui yang Saul berkemungkinan akan meninggalkan Atlético Madrid pada musim ini jika tawaran yang diterima adalah bersesuaian.

‘Kami tidak boleh menafikan mengenai berita perpindahan pemain ini. Jika dia harus meninggalkan kelab, kita perlu mengucapkan selamat maju jaya kepadanya kerana dia berhak menentukan masa depannya. Kami tidak boleh menghalang seseorang pemain untuk berhijrah.’

- Advertisement -