Didier Drogba telah memberi kata-kata semangat kepada Amad Diallo

0 181

Amad telah menjaringkan gol pertama kariernya pada minggu lepas. Dia telah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma yang cantik hasil didikan Bruno Fernandes.

Kenyataan Amad yang sangat gembira telah dimuat naik dalam media sosial mendapat reaksi pelbagai pihak.

Penyerang lagenda Chelsea, Didier Drogba menulis.”Itu hanyalah permulaan, moga Tuhan membantu anda anak muda. Tahniah.”

Komen Drogba itu telah mempamerkan reaksi yang positif mengenai kualiti yang ada pada Amad Diallo.

Perlawanan menentang Burkina Faso merupakan perlawanan persahabatan namun perkara yang penting adalah persediaan bagi kelayakan piala dunia.

Ivory coast berada sekumpulan bersama dengan Cameron, Mozambique dan Malawi.