Didier Deschamps mempertahankan aksi Paul Pogba

0

Keputusan seri 1-1 ketika Perancis menentang Hungry berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 dimana Pogba telah dikeluarkan pada minit ke 76.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Didier Deschamps ada ditanya berkenaan prestasi Pogba semasa di kelab dan di negera.

Semasa perlawanan menentang Jerman, Pogba telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Namun ketika aksi menentang Hungry, Pogba telah dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Tolisso.

Suhu yang mencecah 30 darjah celsius di Budapest telah mengakibatkan para pemain Perancis begelut untuk mempamerkan aksi sebenar.

Pihak media telah mula membandingkan prestasi Pogba semasa di kelab dan negara. Walaupun persembahan Pogba bermula 2021 ini semakin bagus ketika bersama United.

Namun pada perlawanan akhir Piala Europa yang menyaksikan United menentang Villarreal, Persembahan Scott McTominay lebih menyerlah jika dibandingkan dengan Pogba.

Pogba telah dikeluarkan ketika United teas pada penentuan sepakan penalti.

Berbalik kepada sidang media selepas perlawanan Perancis dan Hungry. Deschamp telah ditanya berkenaan perbezaan prestasi Pogba di Perancis di bawah bimbingannya dan ketika di United di bawah bimbingan Solskjaer.

“Bagi saya, anda boleh menilai dengan saya ketika Pogba bersama pasukan Perancis. Sesungguhnya perkara yang berlaku di kelab saya tidak akan bincangkan di sini. Anda bertanyakan mengenai Solskjaer atau pengurus kelab lain, setiap pemain akan berbeza dan setiap pengurus ada cara tersendiri.”

“Apa yang penting bagi saya adalah, apabila anda bermain dengan pasukan Perancis, anda hanrus bermain dengan bersungguh-sungguh untuk pasukan. Pogba merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri memimpin di dalam pasukan. Tetapai untuk perlawanan hari ini, ia bukan persembahan yang terbaik baginya.”

“Dia mengalami sedikit kesukaran dengan matanya. Dia tidak cukup bagus untuk perlawanan hari ini. Tetapi saya yakin dia akan atasinya pada perlawanan akan datang.”

- Advertisement -