Diallo akhirnya memberikan respon mengenai pertukaran nombor jersinya

0

A2366AF4-49D7-4237-813A-7A19F0F881E10AB7C1AD-F050-4355-96CB-73765736CEF8

Pemain sayap muda Manchester United, Amad Diallo akhirnya mendedahkan perasaannya setelah nombor jersinya diambil oleh Raphael Varane.

Diallo mengakui bahawa dirinya tidak keberatan mengenai situasi itu.Pemain sayap itu juga gembira mendapat nombor jersi baru di Manchester United.

Diallo secara rasmi menyertai Manchester United pada awal tahun lalu dan dia dipastikan telah diberikan mandat untuk menggunakan jersi nombor 19.

Namun, pada awal musim 2021/22, Diallo harus bertukar ke nombor 16 setelah United membuat keputusan untuk memberikan nombor itu kepada rekrutan terbaru mereka Raphael Varane.

Dan oleh disebabkan itu Diallo akhirnya meluahkan perasaanya setelah pergantian nombor jersi itu.

“Ketika diberitahu bahawa saya akan memakai baju nombor 16, saya gembira.”Saya tahu Michael Carrick telah menggunakan jersi ini sejak sekian lama, jadi saya gembira dapat jersi ini.”kata Diallo kepada laman web rasmi Manchester United.

Diallo juga akui bahawa Carrick bukan satu-satunya pemain Manchester United yang hebat yang memakai nombor 16.

Dia tahu bahawa ada banyak pemain hebat yang memakai nombor itu, jadi ia akui gembira untuk mewarisi nombor tersebut.

“Saya tahu bahawa nombor ini dipakai oleh lagenda kelab ini. Oleh itu, saya menghormati nombor ini dan juga penggunanya sebelum saya.

- Advertisement -