Diago Dalot mendapat reaksi positif daripada peminat-peminat United

0

Kita masih belum mengetahui nasih Diogo Dalot pada musim ini. Kita hanya akan ketahuinya selepas jendela perpindahan tamat hujung bulan ini.

Dalot telah kembali berlatih bersama pasukan United bersama-sama dengan rakan pemain senior yang lain selepas dia mendapat pangilan kejutan untuk mewakili pasukan Portugal pada EUro 2020 yang lepas.

Selagi kieran Trippier masih belum hadir ke United, Dalot harus dikekalkan bersama pasukan utama.

Namun khabar angin kemungkinan dia akan dijual untuk mendapatkan dana tambahan untuk perpindahan tetap masih ada. Tetapi dia masih mempunyai masa untuk menunjukkan prestasi terbaiknya mengapa dia harus kekal bersama pasukan United pada musim ini.

Dia telah bermain 30 minit dalam perlawanan persahabatan menentang Everton malam tadi selepas dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Wan-Bissaka pada separuh masa kedua. United telah mendahului 3-0 pada ketika itu.

Dia bermain dengan baik di bahagian pertahanan kanan dengan membuka ruang dan membuat larian. Dia menjaringkan gol hasil tandukan dari hantaran lintang Fred untuk gol ke-4 United.

Para peminat memuji aksi positif Dalot dan memberikan reaksi yang baik mengenai persembahannya. ramai ingin melihat Dalot diberikan peluang sebelum United mendapatkan Trippier. Dengan kecederaan yang menimpa Alex Telles, kehadiran Dalot yang juga boleh bermain sebagai pertahanan kanan merupakan satu kelebihan yang ada seperti Trippier. Masa akan diberikan dan peluang harus disempurnakan dengan baik.

- Advertisement -