Di jangka 3 Pemain Keluar dan 1 Pemain Tengah masuk.

0

 

3 pemain ini di jangka keluar sebelum tutup jendela perpindahan bagi memberi laluan seorang pemain tengah untuk menguatkan lagi pasukan yang sedia ada.

Antara yang di jangka keluar adalah Jesse lingard yang mana setelah berjaya membuat pinjaman di West Ham musim lalu, peminat United menjangkakan Lingard mahu kekal di sana.

Sebalik masa depannya yang tidak jelas, Ole Gunnar Solskjaer berkeras menyatakan yang lingard akan kekal, sementara spekulasi sedang kuat menyatakan lingard ingin bergabung bersama bekas pengurus United, Moyes.

77615385-1C8C-48A0-A5A8-11CF4C4745B5

Anthony Martial “akan dijual” itulah satu lagi khabar angin setelah United selesai menandatangani Cristiano Ronaldo.

Menurut laporan berita oleh Sun (Yardbarker), Daniel James juga salah seorang pemain mungkin menjadi mangsa perpindahan di Manchester United setelah menandatangani Cristiano Ronaldo dari Juventus.

Terdapat minat dari beberapa kelab untuk pemain Wales itu awal musim panas ini tetapi United nampaknya berkeras menidakkan khabar angin dan mempertahankannya di Old Trafford. Bagaimanapun, keadaan boleh berubah sekarang.

“Red devils” kini dikatakan terbuka untuk idea menjual atau meminjamkan pemain mereka setelah di kenalpasti posisi tengah bertahan amat di perlukan di dalam pasukan United ketika ini.

Camavinga dilaporkan mempunyai peluang menandatangani kontrak bersama United, dan itu agak masuk akal. Pemain Perancis yang berusia 18 tahun, dan boleh dikatakan mempunyai had tertinggi dari segi potensi yang di ingini United.
French youngster Eduardo

Anak muda Perancis ini nampaknya akan sampai di hujung karier bersama Rennes setelah berkeras untuk tidak menyambung kontrak beliau. Kontrak Camavinga akan berakhir musim panas depan dan Rennes tidak mahu kehilangannya dengan pertukaran percuma.

Laporan L’Equipe Camavinga telah bermain untuk perlawanan terakhirnya untuk kelab, walaupun destinasi seterusnya tidak jelas.

The Guardian melaporkan bulan lalu bahawa United berminat dengan Camavinga, tetapi dia mungkin lebih suka bertahan untuk berpindah ke PSG atau Real Madrid.

FBE92B74-E1EB-4901-85E4-CF9B02529D17

Saul juga seorang lagi pemain yang dikaitkan bersama United dan boleh menjadi tambahan yang bagus, kerana dia akan membawa banyak pengalaman setelah memenangi La Liga musim lalu, dan menjadi finalis Liga Juara-Juara pada 2016.

Laporan The Guardian, United sangat berminat untuk menandatangani Saul sebagai pinjaman kerana dia sudah tidak berminat bermain untuk Atletico.

Pada usia 26 tahun, tahun-tahun terbaik Saul masih boleh berada di depan dan dia akan menambahkan kekuatan sebenar di bahagian tengah United.

Perjanjian pinjaman mungkin terbaik untuk United bagi pemain ini sebelum perpindahan musim panas di tutup.

7858C2C8-7EF9-429B-B247-2231056F3FB2

Kemudian terakhir sekali yang sangat kuat di kaitkan dengan United adalah Neves, yang merupakan satu-satunya daripada tiga pemain yang pernah bermain di Liga Perdana sebelumnya, dan telah membuktikan bahawa dia boleh berkembang maju di England. Tidak seperti hubungan yang mudah ditolak antara United dan Aurelien Tchouameni, tidak ada penolakan laporan yang mengaitkan United dengan Ruben Neves, di tambah pula Wolve sedang mengalami kegawatan ekonomi kelab.

Neves mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana dan Wolves bersedia untuk mendapatkan wang dengan harga yang tepat.

E5882FCB-3C4F-4837-B785-401B3C6327C1

Nampaknya United mempunyai keputusan sukar di tangan mereka, terutama dengan masa perpindahan kurang dari seminggu. Namun, jika United mampu mendapatkan salah satu pemain ini melalui pintu perpindahan terakhir, ia dapat meningkatkan peluang United untuk mencabar gelaran liga pertama dalam sembilan tahun.

 

0EE62B52-55A3-4C91-AD34-3A59E8149968

- Advertisement -