Deschamps dedah rahsia prestasi baik Pogba bersama skuad Perancis

0

Pengurus Perancis, Didier Deschamps, telah mendedahkan rahsia prestasi cemerlang Paul Pogba dalam pasukan kebangsaan Perancis.Pengurus ini mengatakan bahawa kebebasan ketika bermain adalah kunci buat Pogba untuk menghasilkan yang terbaik dalam dirinya.

Dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini, Pogba telah menjadi watak utama skuad Deschamps di posisi tengah Perancis.

Tatkala bermain bersama pasukan Perancis Pemain tengah itu selalu menjawab kepercayaan Deschamps dengan menunjukkan prestasi yang baik, termasuk pada Euro 2020.

Persembahan baik Pogba menimbulkan banyak tanda tanya Kerana di Manchester United, pemain tengah itu sukar untuk tampil konsisten seperti dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Mendapat pertanyaan mengenainya, Deschamps akhirnya membocorkan rahsia prestasi cemerlang Pogba dalam pasukan kebangsaan Perancis. 

“Dengar, Paul adalah pemain tengah yang lengkap,” kata Deschamps, yang dilaporkan oleh Manchester Evening News.

Deschamps mengatakan bahawa Pogba mempunyai kemampuan di atas ketika mengemudi bahagian tengah sehingga membuatkan dia “enjoy” bermain.

“Paul memiliki banyak kualiti. Dia boleh melewati kesemua kawasan dan melintasi sama rata, dan dia menguasai semuanya.”

“Dalam pasukan ini, kami mempertajamkan posisinya.”Kami tidak ingin dia hanya pandai berlari tetapi dia juga harus pandai memposisikan sebelum melepaskan bola.”

Dengan fleksibiliti Pogba, Deschamps berpendapat cara terbaik untuk menghasilkan yang terbaik dalam dirinya adalah dengan memberi kebebasan kepadanya.

“Peranannya dalam pasukan kami cukup bebas, dia ditugaskan untuk membantu menyerang.Jika dia diperlukan, dia dapat mundur dan membantu memenangi bola.”

“Di padang dia boleh melangkah sedikit ke depan dan dia dapat sedikit mundur.Kedudukannya juga dapat bergeser sedikit ke kiri atau ke kanan, bergantung pada posisi pemain lain.

- Advertisement -