Dembele tolak tawaran kontrak baru. Barcelona berkemungkinan kehilangan Dembele secara percuma

0

Manchester United merupakan pasukan yang sibuk berbelanja pada jendela perpindahan awal musim ini selepas hampir beberapa tahun menyepi. Namun perkara itu tidak terhenti pada ketika ini, kerana mereka merancang untuk mendapatkan Ousmane Dembele pemain yang bermain untuk Barcelona.

Kepulangan CR7 ke United amat luar biasa sambutan yang diberikan oleh seluruh peminat United dan begitu juga dengan kehadiran pemain sayap lincah yang muda, Jadon Sancho serta pertahanan kental dari Real Madrid Raphael Varane. United telah berbelanja hampir 126 juta pound untuk mendapatkan 3 orang pemain tersebut. Namun pemain seterusnya ini dijangka akan dapat dimiliki secara percuma kerana yang terkini pada bulan ini, Dembele tidak bersetuju dengan tawaran kontrak yang diberikan oleh Barcelona.

Menurut surat khabar tempatan, El Nacional melaporkan, United ada cadangan untuk mendapatkan Dembele pada musim lepas dan bersedia untuk kembali berhubung dengan pemain tersebut pada jendela perpindahan akan datang. Dembele telah menyertai Barcelona pada 2017 dari Dortmund. Namun Dembele masih dalam dilema untuk menentukan hala tuju perjalanan kariernya pada masa akan datang.

Kariernya bersama Barcelona amat menyedihkan selepas dia kerap mengalami kecederaan. Dia menyertai Barcelona pada usia 20 tahun dengan nilai perpindahan 96 juta pound dan merupakan pemain ke-2 termahal selepas Neymar pada ketika itu. Penampilan pertamanya tidak menjadi selepas dia mengalami kecedraan ketika Barcelona menentang Gatefe sekaligus menyebabkan dia diarah melakukan pembedahan. Dia tidak bermain hampir 9 bulan pada tahun 2019.

Namun beberapa kelab lain seperti Man City juga berminat untuk mendapatkan Dembele dengan tawaran pertukaran pemain sayap mereka Raheem Sterling. Namun Barcelona masih lagi belum berputus asa untuk terus memberi tawaran yang berbaloi untuk memastikan Dembele terus kekal bersama Barcelona kerana dia merupakan pemain yang baik pada masa akan datang. Cuma kariernya kurang bernasib baik pada sebelum ini disebabkan kecederaan yang kerap berlaku kepada dirinya.

- Advertisement -