Buletin Manchester United

Declan-Rice-ke-United

Declan Rice ke United?

Posisi pemain tengah adalah bukan posisi keutamaan pada jendela perpindahan akhir musim nanti bagi United. United kini mempunyai lambakan pemain tengah yang berkualiti. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk United mendapatkan Declan Rice.

Sejak kebelakangan ini, Declan Rice pemain utama pasukan West Ham sering dikaitkan dengan perpindahan ke United. Kehadiran Donny van de Beek dari Ajax pada musim panas yang lepas membuatkan United kini mempunyai lambakan pemain tengah yang begitu ramai.

Donny pada ketika ini terpaksa bersaing dengan pemain-pemain yang hebat seperti Bruno, Pogba, Fred, Matic dan McTominay. Bagi Solskjaer, Bruno, Pogba dan Fred adalah watak utama pemain tengah United. Oleh yang demikian, pemain seperti Matic, McTominay dan Donny sendiri perlu bersaing untuk posisi yang dikatakan nadi utama penggerak bagi United.

Bekas pemain West Ham, Trevor Sinclair ada menyatakan pendapatnya mengenai Declan Rice. United perlu mendapatkan Declan Rice untuk digandingkan dengan McTominay di bahagian tengah. Kedua-dua pemain ini boleh mendapat keserasian yang baik untuk pasukan United. Selain itu, Sinclair berpendapat, kualiti yang ada pada Fred pada masa kini masih belum cukup bagus untuk United. walaupun Fred sudah berjaya mempamerkan aksi yang bagus ketika kehadiran Solskjaer ke United.

‘Rice boleh bermain dengan McTominay di bahagian tengah United. Bagi saya, Rice lebih baik dari Fred.’ kata Sinclair. Sinclair cukup mengkagumi pemain muda United ini McTominay. Dia bukan sahaja pemain tengah ‘defensive’, tetapi dia mampu menjaringkan gol. Buktinya dia telah menjaringkan gol kemenangan United ketika menentang West Ham baru-baru ini.

‘Dia merupakan pemain kegemaran saya pada ketika ini. Dia sangat agresif, rajin dan mampu melakukan hantaran yang baik. Dia merupakan seorang pemain ‘box to box’, dia mampu menukar serangan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Anda boleh lihat Rashford kerap mendapat bola yang baik.’

‘Kini dia mampu menjaringkan gol. Dia sentiasa berada di luar kotak penalti dan dia bijak untuk masuk mendapatkan bola jika dia mempunyai ruang utnuk melakukannya. Sya merasakan dia boleh pergi lebih jauh. Dia bermain baik pada musim ini walaupun dia bukanlah pemain yang diutamakan Solskjaer dalam kesebelasan utama United. Tetapi apabila dia disuruh untuk bermain, dia bermain dengan bersemangat sekali.’