Declan Rice beri reaksi pada gambar Jadon Sancho berlatih di United

0

Jadon Sancho telah turun berlatih bersama pasukan United pada hari semalam. Sancho telah menjalani latihan secara bersendirian untuk membuktikan tahap kecergasannya berada dalam keadaan bagus sebelum menyertai sesi latihan berkumpulan.

Selepas hampir berminggu-minggu peminat menantikan kehadiran Sancho ke Carrinton, Sancho telah muat naik gambar dia berlatih di Instagram miliknya.

Sancho merupakan pemain yang sangat berpengaruh di atas atau diluar padang sentiasa mendapat respon daripada rakan-rakan dan peminatnya. Mereka telah menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Sancho dengan permulaan karier barunya di United.

Salah seorang daripadanya adalah pemain NBA Jerman, Dennis Schroder yang kini bermain untuk LA Lakers. Dia telah menulis ucapan ‘selamat kembali ke rumah anda’.

Selain itu, Pemain tengah Arsenal Joe Wilock dan bekas rakan sepasukan Sancho di akademik City, Cameron Humphreys juga telah memberikan respon positif kepada Sancho.

Namun perkara yang paling mendapat perhatian adalah komen daripada Declan Rice yang juga rakan sepasukannya di England telah membalas respon ringkas dengan emoji api.

Peminat United amat mengharapkan Declan Rice yang merupakan pemain tengah ‘defensive midfielder’ menyertai United pada musim ini. Namun pada jendela perpindahan kali ini, United telah berbelanja besar untuk membawa masuk Jadon Sancho serta Raphael Varane. Pasti harapan begitu tipis untuk United mendapatkan khidmat Rice.

West Ham telah meletakkan nilai harga 100 juta pound. Ia begitu tinggi. United perlu melepaskan beberapa pemain sedia ada dalam pasukan sebelum berbelanja semula.

Walaupun pemain tengah ‘defensive midfielder’ adalah calon seterusnya bagi pasukan United untuk membawa masuk seorang pemain. Namun perkara dilihat agak mustahil. Kemungkinan United harus menunggu beberapa tahun lagi untuk mendapatkan Declan Rice seperti mana mereka menunggu Jadon Sancho.

- Advertisement -