Dean Henderson penjaga gol no1 United?

0

Ole Gunnar Solskjaer telah memaklumkan sebelum perlawanan dimana David De Gea mendapat pelepasan untuk tidak bersama pasukan United pada perlawanan pagi tadi disebabkan urusan peribadi. Ketiadaan De Gea membolehkan Dean Henderson bermain sebagai penjaga gol utama pada perlawanan tersebut.

Solskjaer dikatakan sedang berhadapan dilema mengenai status penjaga gol utamam bagi musim hadapan. Solskjaer perlu membuat keputusan sama ada mengekalkan De Gea atau melepaskan De Gea sekaligus memberi ruang kepada pengjaga gol muda England Dean Henderson.

Henderson kerap diturunkan dalam perlawanan Piala Carabao dan sekali sekala di Piala FA. Penjaga gol England ini pasti mengharapkan lebih minit permainan dengan status kualiti yang dia ada dan dia seharusnya layak menjadi penjaga gol utama United.

Henderson yang berusia 23 tahun mempunyai masa depan yang cerah di United. Dia telah beraksi cemerlang pada musim lepas dengan pasukan Sheffield United. Namun jika dia tidak mendapat minit permainan yang seharusnya dia perlu, maka ada kemungkinan prestasinya akan terganggu.

Pada musim ini, Solskjaer dilihat lebih memberi keutamaan kepada De Gea sebagai penjaga gol utama United yang kini berusia 30 tahun dan sangat berpengalaman. Personaliti Henderson lebih terserlah kerana dia sentiasa memberi galakan kepada barisan pertahanan dan memberikan arahan serta berkomunikasi dengan baik dengan para pemain.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Henderson telah menyelamatkan United pada minit-minit terakhir perlawanan dimana dia berjaya menghalang bola sepakan Patrick Van Aanholt dalam situasi 1 lawan 1. Dia telah bermain baik sepanjang perlawanan dan dilihat begitu yakin. Adakah Henderson merupakan penjaga gol no 1 United selepas karier De Gea berakhir di United? Inilah sesuatu yang sukar untuk Solskjaer melakukan keputusan.

- Advertisement -