Berita Terkini

Dean Henderson dijangka akan menggantikan David de Gea untuk Piala FA

Dean-Henderson-dijangka-akan-menggantikan-David-de-Gea-untuk-Piala-FA

Dean Henderson dijangka mendapat peluang untuk menjadi penjaga gol utama United ketika mereka akan menentang West Ham pada pusingan ke-5 Piala FA awal pagi esok. Ada desakan kemungkinan jika Handerson berjaya mempamerkan aksi yang baik, dia harus dikekalkan untuk perlawanan liga menentang West Brom kelak.

Penampilan de Gea dalam beberapa perlawanan yang dianggap mudah untuk United, dilihat telah mengakibatkan United berputih mata. Perkara ini bukan dilihat kecil, kerana ia telah memberi impak kepada United dalam saingan mendapatkan kejuaraan. Walau bagaimanapun, Solskjaer masih lagi menaruh kepercayaan kepada penjaga gol utama mereka itu dan tidak pernah menyalahkannya.

Dalam keadaan sebegini, Solskjaer perlu mempercayai bakat Henderson selepas mempamerkan aksi yang bagus ketika bersama pasukan Sheffield United secara pinjaman. Ketiadaan Henderson telah memberi impak besar kepada pasukan Sheffield United. Mereka kini telah melepaskan 37 gol dan berada pada kedudukan dikedudukan terbawah liga zon penyingkiran. Persembahan musim lepas ketika Henderson bersama mereka jauh lebih baik dari musim ini.

Henderson hanya beraksi 10 perlawanan bersama United pada musim ini termasuk ketika dimasukkan pemain gantian ketika United menang 3-2 menentang Southampton. Solskjaer berkata,’ Dia telah bermain baik bersama kami dan dia akan mendapat peluang itu. Untuk saya, ia merupakan satu proses pembelajarannya. Saya tahu dia tidak mendapat banyak minit permainan berbanding dengan musim lepas. Tetapi anda boleh lihat dia berlatih dan melihat ada peningkatan yang dipamerkan olehnya.’

‘Dia berlatih bersungguh-sungguh dalam perkara-perkara tertentu semasa sesi latihan. Dia mempunyai sikap yang bagus dan memberikan kerjasama yang baik. Dia pasti ingin bermain dalam kesebelasan utama United. Saya tahu mengenai itu.’

 

Lain-Lain Artikel