Dean Henderson bijak membuang lontaran bola

0

Gol ke-2 Manchester United hadir selepas ada seorang pemain United yang berjaya membuat keputusan yang tepat dan bernas ketika perlawanan Man United menentang Man City yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 kepada United.

Dean Henderson, penjaga gol United telah membuat lontaran bola bijak memerangkap para pemain Man City yang dikatakan sentiasa bersedia melakukan tekanan untuk mendapatkan bola daripada pertahanan United. Tidak ada 1 pasukan daripada liga pun yang berjaya memenangi bola di kawasan pertahanan lawan selain daripada pasukan bimbangan Pep Guardiola pada musim ini.

Henderson tahu berkenaan situasi bahaya jika City melakukan tekanan di pertahanan United. Dia bijak membaling bola melepasi para pemain City yang berada berhampiran kotak penalti United ke bahagian kiri laluan larian Luke Shaw. Luke shaw mempunyai kepantasan yang bagus telah membuat larian memasuki kotak penalti selepas melepasi Joao Cancelo dan DeBruyne kemudian bermain 1 2 dengan Marcus Rashford sebelum menjaringkan gol ke-2 United.

Ini merupakan persembahan mantap daripada United ketika mereka berjaya menjaringkan 2 gol menentang City. Gol pertama pula berlaku selepas sepak mula, di mana United terus melakukan asakan dan berjaya membuatkan pasukan CIty berada dalam kelam kabut ketika bertahan. Martial berjaya membuat larian masuk ke dalam kotak penalti sebelum dikepung oleh barisan pertahanan City kemudian dijatuhkan oleh Jesus untuk United mendapatkan sepakan penalti. Bruno Fernandes mudah menyempurnakan sepakan tersebut walaupun Ederson berjaya meneka arah sepakan pemain itu.

Kesimpulan daripada perlawann ini, dapat kita lihat United mampu menewaskan mana-mana pasukan terbaik. Mereka perlu bermain lebih efektif dalam semua perlawanan bukan hanya perlawanan penitng seperti tengah malam tadi. Jika United meneruskan rentak permaianan ini, maka kita dapat lihat saingan perebutan kejuaraan liga akan menjadi lebih sengit.

- Advertisement -