De Gea telah kembali dengan aksi terbaiknya

0

David de Gea telah kembali ke prestasi terbaiknya selepas dia menjadi wira ketika mana United menang menerusi jaringan minit terakhir CR7 ke atas Villarreal 2-1 di Old Trafford. Owen Hargreaves bersetuju yang De Gea telah mempamerkan aksi terbaiknya sebagai penjaga gol terbaik dunia selepas dia memulakan kempen saingan pada musim ini dengan cukup cemerlang sekaligus mengetepikan cabaran penjaga gol muda England Dean Henderson.

Ole Gunnar Solskjaer telah berhutang dengan aksi tangkas penjaga gol berusia 30 tahun ini selepas menyelamatkan 6 daripada 7 percubaan tepat pasukan Villarreal termasuk situasi terbuka daripada percubaan Paco Alcacer dan Arnaut Danjuma.

‘Dia telah menyelamatkan banyak percubaan berbahaya pasukan lawan pada hari ini. David de Gea merupakan pemain yang penting dalam perlawanan ini. Dia seharusnya menjadri pemain terbaik perlawanan. United memang boleh mempercayai kembali peranan De Gea sebagai penjaga gol utama mereka. Apabila dalam pasukan anda mempunyai pemain seperti Edinson Cavani, Cr7, Bruno dan Pogba di atas padang, anda akan percaya pasukan anda boleh mendapatkan kemenangan sehingga babak terakhir permainan.’

Bekas pemain United Micheal Owen juga percaya De Gea tidak senang duduk pada separuh masa pertama perlawanan. ‘De Gea banyak dibantu oleh barisan pertahanan United di separuh masa kedua. Namun di separuh masa pertama, dia yang memainkan watak utama sebagai benteng terakhir United.’

Masa depan De Gea menjadi persoalan pada musim lepas kerana dia kehilangan posisi penjaga gol utama kepada rakan sepasukannya Dean Henderson. Dia juga gagal mendapat tempat sebagai penjaga gol utama pasukan Sepanyol pada Euro 2020. Namun musim ini pasti menjadi sesuatu yang berbeza kepada karier De Gea.

- Advertisement -