Berita Terkini

De Gea kecewa bolos lewat perlawanan

E7E7C921-1913-4354-BAE5-5A772983B4F0

Man United gagal meneruskan rentak kemenangan apabila dipaksa berkongsi mata berdepan Crystal Palace.

Anak buah Ten Hag menuju ke perlawanan ini dengan motivasi hebat setelah menundukkan Man City di Old Trafford. United mahu mendapatkan tiga mata dan merapatkan jurang dan melonjak ke tangga kedua

Ianya nampak seperti menjadi buat United selepas Bruno Fernandes menjaringkan gol pembukaan. Hasil hantaran bijak Eriksen menemui Bruno.

Ini adalah assist ketujuh Eriksen. Perlawanan tamat dengan United mendahului dimasa pertama.

Namun dibabak kedua lawan bangkit menaikkan tempo perlawanan untuk beri saingan . United tidak berjaya menambah gol kedua dan dihukum gol penyamaan lawan menerusi sepakan percuma yang menarik

De Gea memberikan reaksinya selepas perlawanan

“Ya, sudah tentu kami kecewa kerana kami bolos gol penyamaan lewat. Saya rasa mereka berhak mendapatnya. Kami hilang kawalan pada separuh masa kedua dan kami tidak bermain dengan baik.”

“Kami kehilangan terlalu banyak bola, mereka mempunyai peluang dan mereka menjaringkan gol yang hebat. Ia mungkin antara separuh masa pertama terbaik kami di tempat lawan tetapi itulah Liga Perdana. Apabila pasukan di belakang mereka membawa pemain di hadapan, mereka memberi tekanan. Mereka mempunyai peluang dan menyamakan kedudukan.”

“Kami mungkin bolos lebih awal, tetapi bolos pada saat-saat akhir adalah sukar. Kami perlu teruskan, kerana kami mempunyai perlawanan besar di hadapan kami. Kami perlu pulih dengan baik dan bersedia dengan baik. Kami adalah pasukan yang jauh lebih baik. Kami bermain bersama. Semua orang mahu menang bersama. Semua orang berjuang untuk pasukan. Saya percaya pada pasukan ini. Kami mempunyai pemain yang hebat.”

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar