De Gea diberi rehat selama sebulan

0

Status David De Gea sebagai penjaga gol utama United berada dalam keadaan bahaya selepas Ole Gunnar Solskjaer telah memaklumkan kepadanya untuk berehat sementara di Sepanyol.

Oleh yang demikian, kenyataan Solskjaer ini telah memboelhkan Dean Henderson untuk mengisi posisi penjaga gol United untuk 6 perlawanan yang seterusnya. De Gea telah diberi pelepasan untuk pulan ke Sepanyol atas urusan peribadi di mana isterinya bakal melahirkan anak pertama mereka.

Solskjaer telah memberi De Gea masa untuk bersama keluarga sehingga rehat perlawanan antarabangsa pada bulan ini walaupun De Gea dikatakan ingin terus bermain bersama pasukan United. Keadaan ini telah membolehkan Dean Henderson untuk berada sebagai penjaga gol utama United pada ketika ini. Khabar angin terus bertiup mengenai situasi tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak berselindung dengan hasratnya untuk menjadi penjaga gol utama United apabila kembali ke United daripada tempoh pinjaman yang lepas bersama Sheffield United. Dia kurang mendapat minit permainan pada sebelum ini dan dikatakan akan mempengaruhi keadaannya sebagai penjaga gol England nanti.

Henderson telah bermain ketika United seri 0-0 dengan Crystal Palace baru-baru ini. Dia akan terus kekal untuk perlawanan seterusnya ketika United akan bertemu dengan Man City, West Ham dalam Liga Perdana Inggeris, AC Milan dalam Piala Europa dan juga Leicester City dalam Piala FA. Jika dia berjaya memberikan persembahan terbaik ketika perlawanan tersebut, pasti kedudukan De Gea akan tergugat.

Solskjaer akan berada di dalam dilema bagi posisi penjaga gol utama United itu. De Gea pada sebelum ini pernah berada pada situasi yang berbahaya kerana mengakibatkan keputusan tewas dan seri untuk United. Henderson telah membuat 13 penampilan dan berjaya memperolehi 8 ‘clean sheet’. Ia sesuatu yang cukup bagus untuk Henderson.

Selain itu, jika Henderson terus menjadi pilihan utama United, pihak pengurusan pasti menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembeli untuk De Gea. Dia masih lagi mempunyai kontrak berbaki 2 musim lagi dengan gaji £375,000 seminggu sebagai penjaga gol.

 

- Advertisement -