Fred telah mempamerkan perkembangan yang baik pada musim ini. Dia berhak menerima pujian dengan apa sumbangan yang telah diberikan kepada pasukan United yang bergelut dengan musim yang begitu mencabar.
Pemain berasal dari Brazil ini telah memulakan penampilannya dengan baik selepas menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Leeds. Kemudian dia terus menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan ketika menentang Crystal Palace, Leeds (sekali lagi) dan Leicester. Itu merupakan rekod terbaiknya pada satu-satu musim sejak meneyrtai pasukan United.
Dia merupakan nadi utama dalam pasukan bimbingan pengurus sementara United Ralf Rangnick. Dia ada membantu sedikit sebanyak kreativiti kepada serangan pasukan United.
Fred telah melakukan 5 ‘assist’ di mana 4 ketika bersama Ralf dan 1 lagi ketika bersama Carrick ketika perlawanan menentang Arsenal, (2) Aston Villa, Brentford dan Spurs. Musim lepas Fred hanya melakukan 2 ‘assist’.
Dengan perkembangan baik yang dipamerkan sepanjang musim ini, Fred seharusnya tidak wajar menerima kritikan yang pedas seperti rakan sepasukan yang lain. Walaupun peranannya tidaklah begitu hebat ketika menentang Liverpool dan Man City di Old Trafford, namun tenaga dan kerajinannya harus mendapat kredit yang lebih.
Sejak Fred mengalami kecederaan, United bergelut untuk mendapatkan kemenangan. Ia sekaligus membuktikan yang peranan Fred amat penting dalam kesebelasan utama United. Pasti peminat tidak sabar melihat peranan Fred ketika bersama pengurus baru United Erik ten Hag. Sama ada dia akan menjadi pemain ‘backup’ atau utama dalam pasukan United pada musim hadapan.