De Bruyne:”Kadang-kadang kami perlu merasa nikmat kekalahan”

0

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mengakui bahawa dirinya akan mengambil hal yag positif dari kekalahan pasukannya ketika menerima kunjungan pasukan jiran mereka Manchester United.

Dalam temubual sejurus perlawanan pemain dari Belgium ini mengakui bahawa pasukannya seperti hilang arah dan gagal untuk menunjukan keupayaan sebenar seperti sebelum ini.

Dalam pada masa yang sama,De Bruyne akui bahawa pasukan seperti City kadang-kadang perlu merasa kekalahan untuk memperbaiki kelemahan dan tidak sentiasa merasa berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Jelas saya rasa kami tidak bermula dengan baik. Kami tahu itu akan menjadi sukar,” kata De Bruyne kepada Sky Sports.

“Kami bermain dalam kawalan mereka dengan gol pertama dan kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyesuaikan sedikit permainan kami. 

“Kemudian kami bermain dengan baik tetapi kami tetap gagal menjaringkan gol dan situasi itu telah membuat perbezaan.

“Bukan sesuatu yang terbaik jika anda ketinggalan setelah satu minit meskipun anda masih mempunyai 90 minit selepas itu.Yang kedua sedikit lebih buruk [untuk mengakui] tetapi saya fikir mental pemain adalah sama seperti biasa.

“Kadang kala kami harus merasai kekalahan dan mengalami masa yang buruk.Walaupun menang, kami bermain buruk tetapi kemudian kami mengatasinya, kami tidak melakukannya hari ini. Kadang-kadang ia boleh menjadi positif.”

Sumber: Sky Sports

- Advertisement -