David Moyes teruja United beli prospek pemain muda

0

Bekas bintang pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand bercerita di laman YouTubenya mengenai David Moyes yang pada mulanya dilantik menjadi pengurus Manchester United selepas Sir Alex Ferguson melepaskan jawatan panas tersebut.

Moyes mendapat panggilan telefon secara personal dari pemain Portugal Thiago yang mahu ke Old Trafford pada musim panas tersebut. Akan tetapi, permintaan itu ditolak dengan baik oleh Moyes.

Pada musim panas tersebut, Moyes hanya membawa masuk seorang pemain sahaja iaitu Marouane Fellaini dari Everton. Tidak sampai ke penghujung musim, Moyes telah dipecat oleh United kerana tekanan dari peminat dan juga prestasi yang kurang baik.

Beberapa minggu selepas itu, United berjaya mendapatkan Luke Shaw dari Southampton ketika dia berusia 17 tahun. Moyes dilihat bersetuju dengan langkah bekas majikannya itu.

Moyes berkata kepada The Times, ” Dia (Shaw) adalah seorang yang mempunyai bakat tertentu. Dia berjaya melakukan penampilan dengan skuad utama Southampton di usia 17 tahun. Manchester United membuat keputusan tepat dengan membeli Luke Shaw pada tahun 2014.”

Sebelum David Moyes dipecat, dia telah pun memulakan rundingan untuk mendapatkan Shaw. Rancangan mendapatkan Shaw telah diteruskan walaupun ketiadaan Moyes.

Moyes memberikan pandangannya terhadap perlawanan separuh akhir Euro 2020 melibatkan England dan Denmark.

Moyes berkata, “Sejak awal lagi, kebolehan Luke Shaw dalam menyerang mendapat perhatian orang ramai. Pada musim lepas dan Euro 2020, bakat Shaw dilihat begitu menyengat. Kebolehannya tidak perlu dipersoalkan lagi dan dia bermain dengan penuh keyakinan.”

Shaw melakukan 2 bantuan gol ketika kemenangan bergaya England ke atas Ukraine dalam perlawanan suku akhir di Rome. Dia juga telah mencipta banyak peluang melebihi pemain-pemain lain dalam skuad England.

Shaw Menggapai Aras Baru

Luke Shaw merupakan pemain yang paling mendapat perhatian ketika ini. Dia kini disamakan dengan lagenda bek kiri Brazil, Roberto Carlos. Selain itu, Roberto Carlos juga memuji Shaw di laman sosialnya.

Shaw dilihat begitu teruja apabila lagenda Brazil itu memuji persembahannya. Bercakap di laman sesawang England,” Saya begitu gembira apabila dipuji oleh salah seorang pemain bek kiri terbaik di muka bumi. Dia telah mengikuti persembahan saya dan memberikan komentar. Seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.”

“Ia satu perasan yang pelik dan saya menghormatinya dan begitu gembira dengan apa yang diberikan oleh bekas pemain ternama dunia.”

Shaw bertekad dengan memberikan satu lagi aksi yang terbaik menentang Denmark malam ini. Dia akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mendapatkan kemenangan untuk England. Dia juga bergandingan baik dengan kapten United, Harry Maguire serta John Stones dan Kyle Walker yang sehingga kini belum melepaskan sebarang gol sejak kejohanan bermula.

- Advertisement -