David Moyes berharap Jesse Lingard kekal di West Ham

Prestasi semasa Lingard membuatkan Moyes tidak senang duduk.

Getty Images
0

Setelah tidak berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan Manchester United pada separuh pertama musim 2020/21 sejak kehadiran Bruno Fernandes, Jesse Lingard memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford dan bergabung dengan West Ham United secara pinjaman.

Keputusannya untuk pergi ke kota London ternyata sangat tepat. Lingard kembali mendapat minit permainan seperti yang dia mengharapkan selama ini. Lingard dapat memberikan sumbangannya secara positif dengan menjaringkan gol dan assist kepada kelab tersebut.

Ini sekali gus dapat meningkatkan peluangnya untuk bersama dengan pasukan antarabangsa England untuk kejohanan Piala Eropah pada tahun ini.

Setakat ini, pemain Inggeris ini telah bermain 13 perlawanan dalam pertandingan domestik berjaya mencipta namanya sebagai penjaring gol sebanyak sembilan kali dan mencipta empat assist.

Sejak peningkatan prestasi individu dari Lingard ini, David Moyes mengakui bahawa dia mahu mendapatkan khidmat Lingard secara kekal di West Ham. Namun, jurulatih dari Scotland itu tidak pasti dia dapat sama ada pasukan United bersedia melepaskan pemain tersebut selepas aksi yang dipamerkannya pada ketika ini.

“Saya rasa Jesse (Lingard) menikmati kariernya di sini dan gembira dengan prestasinya ketika bermain secara pinjaman di West Ham. Namun, United yang harus memutuskan apa yang mereka akan lakukan mengenai masa depan pemain tersebut.” kata-kata Moyes yang diambil dari Evening Standard News.

“Sekiranya mereka (United) memilih untuk melepaskan Lingard, saya harap dia akan mempertimbangkan untuk terus kekal bersama West Ham United pada musim hadapan,” tambahnya lagi.

Dalam polisi pinjaman Lingard, The Hammers tidak mempunyai pilihan untuk membuat belian secara tetap. Namun, Moyes bersedia membuat tawaran sekiranya Solskjaer tidak menyenaraikan Lingard dalam persediaan rancangnannya bersama United bagi musim hadapan.

- Advertisement -