David De Gea puji aksi mantap Greenwood selepas 3 perlawan untuk 3 gol

0

David De Gea kini telah berusia 30 tahun. Dia telah bersama United hampir 1 dekad. Dia telah bermain dengan pelbagai jenis pemain yang bagus atau kurang bagus sepanjang kariernya di Old Trafford. Dia telah memuji pemain muda United, Mason Greenwood baru-baru ini kerana mempunyai kualiti sebagai seorang pemain penyerang.

Greenwood telah menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Wolves pada minggu lepas dan juga aksi menakjubkan De Gea yang menyelamatkan 2 percubaan yang berbahaya pasukan lawan. De Gea berkata,’Budak ini sedang dahagakan gol. Dia mempunyai penyudah yang sempurna dan dia sentiasa ingin menjaringkan gol jika dia berada dalam kesebelasan utama pasukan kami.’

‘Saya berharap dia dapat terus mengekalkan momentum seperti sekarang untuk perlawanan seterusnya dan menjaringkan gol-gol seperti pada hari menentang Wolves.’

Gaya Greenwood meraikan gol kemenangan

Greenwood kini menjadi pemain sandaran bagi Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini. Dia sentiasa bersedia untuk bermain apabila diperlukan. Dia juga kerap bertukar-tukar posisi sama ada di penyerang tengah atau pemain sayap kanan. Dengan kehadiran Cristiano Ronaldo tiada masalah untuk Greenwood bertukar posisi ketika perlawanan kerana ia merupakan sebahagian daripada taktikal.

Greenwod kini berada di senarai ke-4 bagi senarai penjaring gol muda di EPL

Greenwood pasti gembira dapat bermain bersama-sama dengan C.Ronaldo pada bulan hadapan. Pemain muda ini telah menjaringkan 32 gol untuk United dan dia akan menyambut ulang tahun umurnya pada bulan Oktober nanti. Dia berpeluang untuk menyamai atau memintas rekod penjaring gol terbanyak bagi pemain muda iaitu Norman Whiteside dengan 39 gol.

3 jersi yang berlainan yang mana sesuai dengan Greenwood ?


Namun Greenwood pasti akan menghadapi kesukaran pada perlawanan seterusnya kerana lawan mereka bukanlah senang. United akan bertemu Newcastle, West Ham (2x), Young Boys, Aston Villa dan Villarreal. Dia pasti mengharapkan rakan-rakan sepasukannya membantu usahanya untuk menghampiri rekod tersebut. 3 gol pada awal musim ini sangat berharga buat pasukan United pada bulan Ogos ini.

Jaringannya ketika menentang Leeds telah membolehkan United mendahului Leeds dengan 2-1, kemudian jaringan ketika menentang Southampton yang membolehkan United mendapat 1 mata berharga di tempat lawan dan jaringan kemenangan menentang Wolves. 2 minggu tempoh berehat pasti akan diguna pakai dengan sebaiknya oleh Greenwood untuk memastikan dia kekal cergas untuk perlawanan bulan Setptember nanti.

Greenwood merupakan pemain muda yang menjaringkan 3 gol berturut-turut pada 3 perlawanan pertama

- Advertisement -