Buletin Manchester United

Darren-Fletcher-mainkan-peranan-besar-untuk-kelahiran-semula-Paul-Pogba

Darren Fletcher mainkan peranan besar untuk kelahiran semula Paul Pogba

Terpapar wajah senyuman dan keceriaan pada wajah permain dan pegawai di bangku simpanan United selepas Pogba menjaringkan gol kemenangan menentang Fulham semalam. Darren Fletcher merupakan salah seorang pemain yang dipercayai ketika era Sir Alex Ferguson. Kini Fletcher sedang memainkan peranan penting untuk menggilap permata bagi generasi baru kali ini.

Bekas pemain antarabangsa Scotland ini telah berkhidmat di United hampir 20 tahun dan merupakan seorang yang boleh berdedikasi, rajin dan cerdik. Pada awal bulan ini, United telah memaklumkan bekas pemain berusia 36 tahun ini telah dipanggil untuk berkerja dengan pegawai kejurulatihan United. Kehadiran Fletcher akan memberikan sesuatu sentuhan baru kepada pasukan United.

Sebelum ini, Fletcher pernah membantu barisan pemain akademik United yang merupakan pengalaman pertamanya dalam bidang kejurulatihan. Kini dia berperanan berkerjasama dengan Pogba dan pemain-pemain tengah United yang lain untuk berada pada tahap yang lebih baik. Dan hasilnya sudah dapat dilihat, ketika Pogba berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi United ketika menentang Fulham dan Burnley.

Fletcher membantu pemenang Piala Dunia itu dengan penambahbaikan teknik dan cara permainan bertahan dengan kualiti yang Pogba ada. Pogba kini telah banyak memenangi bola daripada pihak lawan lebih dari rakan-rakan sepasukannya yang lain. Pogba juga telah melakukan banyak hantaran dan bentesan sama seperti Fred sejak kehadiran Fletcher 18 hari yang lepas.

‘Fletcher mempunyai DNA sebagai pemain United yang sebenar. Dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadi pemain United yang sebenar.’ kata Solskjaer. Dalam 5 perlawanan yang United telah tempuhi, sejak kehadiran Fletcher, United telah berjaya mengekalkan rekod 3 perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 3 gol. Pelantikan ini sangat memberi impak kepada barisan pegawai kejurulatihan United serta Fletcher juga merupakan rakan sepasukan Pogba ketika permulaan karier Pogba di United.

Fletcher meninggalkan United pada tahun 2015 dan bermain untuk pasukan West Brom untuk 2 tahun sebelum berhijrah ke Stoke City sehingga dia bersara pada usia 35 tahun pada 2019. Dia tidak ada impian untuk menjadi sebahagian daripada pegawai kejurulatihan selepas persaraan dia kerana faktor kesihatannya.

‘Dia telah memulakan karier sebagai jurulatih dan mempunyai pengalaman di atas padang dan mempunyai mentaliti sebagai seorang pemenang. Dia seorang yang berkerja keras dan sangat fokus sekaligus memberikan sesuatu yang positif kepada United.’ kata Solskjaer. Selain itu, bekas pemain United, Dimitar Berbatov percaya Fletcher merupakan jurulatih yang sempurna bagi Pogba dan rakan sepasukan terutama di bahagian tengah.

‘Pogba seorang pemain yang mempuyai teknik bentesan yang bagus serta keras. Walaupun badannya slim, dia tidak takut untuk menjatuhkan badannya untuk melakukan bentesan. Dia sangat luar biasa. Dia bagus ketika bertahan dan seorang pemain yang kasar. Dia diperlukan di dalam pasukan. Dia berlari dalam tempoh 90 minit permainan. Ini merupakan Pogba yang berbeza. Saya tahu Fletcher yang berjaya mengubahnya kepada pemain seperti kita lihat sekarang.’

Sumber dari TheSun Football