Buletin Manchester United

Daripada-tiada-harapan-sehingga-menjadi-pendahulu-liga

Daripada tiada harapan sehingga menjadi pendahulu liga

Sekembalinya Eric Baily dalam kesebelasan utama dan mengembalikan peranan Paul Pogba di dalam pasukan telah memberikan suntikan semangat di dalam kem pasukan United. Ole Gunnar Solskjaer berjaya memberikan semula harapan kepada United. Pada bulan Disember lepas, para pengkritik dan pengulas menjangkakan Solskjaer bakal menjadi pengurus pertama yang akan di pecat dalam kempen saingan liga pada musim ini.

Selepas kegagalan United dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, tewas kepada RB Leipzig pada perlawanan terakhir, telah memberi impak negatif kepada pasukan United. Mereka telah menghadapi 10 perlawanan dalam 32 hari dan Solskjaer dilihat bakal dipecat oleh yang demikian nama Pochettino bakal menjadi pengurus seterusnya terus digembar gemburkan.

Selepas kekalahan berkenaan, Solskjaer berjaya mendapatkan rentak yang cemerlang untuk United. Untuk 10 perlawanan seterusnya, mereka telah mencapai 7 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan dalam saingan separuh akhir Piala Carabao. Apa yang menarik, kini United telah berada di puncak liga buat pertama kalinya selepas era Sir Alex Ferguson. Lebih dramatik, United akan bertemu dengan Liverpool yang berada di kedudukan kedua liga, pada awal pagi isnin nanti. United telah mendapatkan 29 mata di dalam 11 perlawanan. Ia sangat menakjubkan.

Solskjaer telah menjangkakan permulaan awal musim bakal bergelora kerana mereka baru sahaja menamatkan kempen liga musim lepas pada lewat Ogos dan United hanya melakukan 1 perlawanan persahabatan sebelum memulakan kempen saingan liga pada musim ini. Ia sesuatu yang sukar bagi United. Dengan kontroversi yang terpalit pada Harry Maguire dan Mason Greenwood memberikan impak kepada United.

United telah tewas 3 daripada 4 perlawanan pada permulaan musim. Mereka tewas dengan Crystal Palace dan dimalukan Spurs 6-1 di tempat sendiri. Selepas kekalahan tersebut, United dilihat terus bertambah baik. Mereka berjaya mendapatkan mata penuh dalam perlawanan-perlawanan berikutnya sehingga November. Pengurusan United kelihatan tidak panik dengan permulaan musim bagi United. Mereka memberikan kepercayaan penuh kepada Solskjaer yang dikatakan pengganti Sir Alex Ferguson. Pengurusan United ingin memberi peluang kepada Solskjaer untuk beberapa tahun bagi merencanakan pembangunan pasukan United. Selepas 4 pengurus dalam masa 5 tahun setengah, mungkin Solskjaer adalah pengurus yang mereka cari-cari.

Pemain antarabangsa Perancis, Pogba dikatakan telah kembali kepada permainan sebenarnya. Pada permulaan musim, Pogba dilihat seperti dipinggirkan. Faktor kecederaan dan corona virus pada awal musim sedikit menjejaskan peranan Pogba dalam pasukan United. Ada juga khabar angin mengatakan dia akan ke Real Madrid dan Juventus. Tetapi segalanya berubah sekelip mata, selepas Pogba kembali berlatih dan mendapatkan kecergasannya semula. Pemain bernilai £89 juta ini sangat berperanan di bahagian tengah pertahanan.

Selain itu, Solskjaer juga telah membuat tindakan berani dengan menjual Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku dengan membawa masuk  Bruno Fernandes dan Harry Maguire. Bruno di antara watak utama United pada musim ini. Bruno merupakan pemain yang sesuai dengan corak permainan Solskjaer. Kehadiran Bruno berjaya menaikkan moral para pemain serta memberikan parap pemain mentaliti sebagai sebuah pasukan yang dahagakan kemenangan. Walau bagaimanapun, Bruno dilihat begitu tidak efektif pada perlawanan separuh akhir Piala Carabao di mana United tewas 2-0 kepada City. Bruno kemudiannya direhatkan pada perlawanan Piala FA untuk mengembalikan kecergasaannya.

United berjaya meneruskan rentak kemenangan pada awal tahun 2021 walaupun dengan kemenangan perbezaan 1 gol sahaja ketika menentang ASton Villa, Wolves, dan Sheffield United. Mentatliti kemenangan jelas terpapar pada raut wajah para pemain United dengan kejayaan tersebut. Bagaikan memenangai piala orang kata, tetapi itulah yang kita mahukan, semangat inginkan kemenangan.

Seterusnya kehadiran Eric Bailly pada beberapa perlawanan sebelum ini sangat memberikan impak positif. Pemain antarabangsa Ivory Cost ini telah bermain 6 perlawanan dan United memenangi 5 dan seri 1 perlawanan dengan hanya melepaskan 3 gol. Aksi Bailly ketika menghalang sepakan pemain Aston Villa dan Burnley sangat membantu United untuk memberikan kemenangan mutlak. Bailly ada pada waktu United memerlukan sesorang yang dapat menjadi benteng utama sebelum De Gea. Maguire juga dilihat selesa bersama Bailly kerana kepantasan dan keberanian yang ada pada karakter Bailly.

Akhir sekali, kebanyakan pasukan dalam liga kini sedang berhadapan krisis corona virus. Tetapi para pemain United masih berada dalam keadaan bagus. Pogba, Telles dan Pellistri yang sebelum ini pernah dijangkiri corona virus telah kembali cergas sepenuhnya. Faktor pengiliran pemain juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan para pemain sentiasa kekal cergas.

Sumber dari DailyMail Football