Dari seorang penyerang tengah kepada seorang pemain tengah. Kita soroti siapa Scott McTominay

0

Dari seorang pemain yang kurang mendapat nama, di pinggirkan dari skuad utama oleh beberapa pengurus, memperkembang bakat permainannya hanya melalui skuad akademi United, kemudian diperkenalkan oleh Sir Alex Ferguson kepada Jose Mourinho sebagai pemain masa depan Manchester United, dan kini peminat United mula ternanti-nanti kemunculan beliau dalam setiap perlawanan.

Scott Francis McTominay adalah pemain yang dilahirkan pada 8 Disember 1996 di Lancaster, England namun berketurunan Scotland. Ibu bapanya berasal dari Scotland. McTominay menghadiri kem latihan dengan pasukan beliau Scotland. Pada bulan November 2017, McTominay memberitahu pengarah prestasi Persatuan Bola Sepak Scotland, Malky Mackay bahawa beliau bersedia untuk membarisi skuad kebangsaan Scotland (ada pendapat bahawa beliau mahu mendapatkan tempat dalam skuad England) kerana ingin menumpukan perhatian untuk mendapatkan tempat di pasukan pertama Manchester United.

240130997_361179865528354_6549536288886473463_n

Bercakap pada Februari 2018, pengurus kelab ketika itu, José Mourinho mencadangkan agar pengurus Scotland yang baru Alex McLeish memilih McTominay kerana nampaknya England mungkin tidak akan melihat bakat yang ada padanya. McTominay akhirnya menjanjikan masa depannya bersama Scotland dan terpilih dalam skuad itu untuk dua perlawanan persahabatan pada bulan Mac 2018 yang merupakan kemuncak prestasi beliau bersama skuad kebangsaan.

240606038_361178215528519_4721449473155411558_n

McTominay berkata mengenai perbualan dengan McLeish, “Beliau sanggup menempuh perjalanan jauh untuk datang dan bercakap dengan saya dan saya harus berterima kasih kepadanya untuk itu. Perbualan yang kami lakukan agak mudah. ​​Saya mahu bermain untuk Scotland dan saya selalu mengimpikannya sejak saya masih kecil dan ia adalah saat yang sangat membanggakan bagi saya ketika beliau datang memanggil saya dan semoga saya dapat memulakan dan melakukannya dengan baik. ”
McTominay bersama akademi Manchester United sejak berusia lima tahun setelah menghadiri pusat pengembangan kelab di Preston. Tidak ramai yang menyangka beliau bermain sebagai penyerang tengah pada awal karier beliau semasa usia kanak-kanak, dan McTominay di revolusi menjadi pemain tengah di bawah kendali Warren Joyce. Beliau akhirnya menandatangani kontrak profesional pertamanya pada Julai 2013.

240606158_361178085528532_399060012639701823_n

McTominay mula menjadi pemain penting di bawah kendalian Mourinho, dikerahkan untuk beraksi diposisi ‘6’ dalam sistem 4-3-3. Keserbagunaannya di posisi tengah membolehkannya memainkan pelbagai peranan seperti pemain tengah ‘box to box’, pemain tengah meyerang atau pemain tengah bertahan. Secara defensif, McTominay dapat menghentikan permainan lawan dengan pertahanan agresifnya dan kemampuan mematikan serangan lawan.

241540069_361178058861868_4377073267259086250_n

Memiliki fizikal yang baik dan kemahiran hantaran yang baik menyaksikan beliau memiliki banyak bola, bertindak sebagai penghubung antara pertahanan dan serangan. Walau bagaimanapun beliau kadang-kadang dikritik kerana mudah melepaskan bola terlalu kerap. Pada usia beliau 20 tahun, ramai peminat tidak yakin bahawa beliau dapat mempertahankan tempatnya di peringkat teratas, walaupun semangat dan kesediaannya untuk menang.

Selepas pemecatan Jose Mourinho, McTominay gagal mendapat tempat, gagal menyaingi tempat yang diisi Nemanja Matić, Fred, Ander Herrera dan Paul Pogba yang menjadi pilihan utama untuk Solskjaer. Tetapi kecederaan pada Matic pada dua tahun lalu meletakkan peluang untuk McTominay bersinar, yang turut membawa kepada kejayaan kelab melakukan kejutan di Paris pada Mac 2019.
Pemain berusia 24 tahun itu kini juga lebih mampu mencipta beberapa angka-angka dan statistik menarik yang sangat mengagumkan berbanding pemain lain di posisinya (seperti dalam gambar).

Secara keseluruhan, Solskjaer mempunyai kemewahan untuk menguruskan kesebelasan utama beliau sekiranya beliau tahu menggunakan kekuatan yang ada di dalam McTominay. Kesungguhan dan etika kerja McSause atau Mcterminator yang digabungkan dengan bakat dan kemampuannya yang semula jadi telah melayakkannya untuk menjadi senjata taktikal teratas untuk Solskjaer. Beliau memiliki kelebihan yang serupa seperti Jordan Henderson dan bekas pemain United, Darren Fletcher, dan juga mencerminkan keadaan mereka.

- Advertisement -