Dapatkan seorang pertahanan kanan baru untuk beri saingan kepada Wan Bissaka

0

Bekas pemain United, Fabio da Silva percaya Aaron Wan Bissaka memerlukan seorang lagi pemain pertahanan kanan yang mampu memberikan saingan terhadap dirinya. United perlu fokus mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan kanan yang berkualiti pada penghujung musim ini.

Alex Telles telah ditandatangi oleh Ole Gunnar Solskjaer awal musim ini dikatakan akan menjadi pilihan utama bagi posisi bek kiri United. Tetapi kehadiran Alex, telah memberikan impak yang positif kepada Luke Shaw. Luke kini telah mempamerkan prestasi terbaiknya pada musim ini. Ia sekaligus tidak memberi ruang kepada Alex untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama United.

Luke Shaw telah mencipta 4 peluang gol untuk rakan sepasukan dan juga dilihat begitu kental ketika bertahan. Mungkin faktor kejohanan Piala Eropah yang bakal berlangsung pada akhir musim ini. Luke Shaw pasti ingin mewakili semual pasukan kebangsaan England selepas lama berehat disebabkan kecederaan yang tidak menentu pada kaeriernya sebelum ini.

Bekasn pemain United, Fabio yang kini bermain untuk pasukan Nantes, percaya situasi Luke Shaw akan sama dengan Wan Bissaka. Wan Bissaka yang baru berusia 23 tahun mempunyai potensi yang bagus bagi United. Kewujudan pesaingan posisi tersebut akan membuatkan Wan Bissaka akan memberikan prestasi lebih baik dari sekarang. Siapa tahu.

Pada Januari lepas, United ada dikaitkan dengan perpindahan pemain Atletico Madrid, Kieran Trippier. United harus meneruskan pencarian pemain di posisi pertahanan kanan pada penghunjung musim ini. Fabio berkata, ‘Jika anda lihat prestasi Luke Shaw pada musim ini, saya merasakan ia merupakan musim terbaik buat dirinya. Dia telah bermain lama untuk United. Kehadiran Tellas telah membantu perkembangan Luke Shaw. Jika anda tidak bermain dengan baik, maka tidak fokus, tidak bersungguh dalam latihan, dan anda kemungkinan akan gagal merbut tempat dalam kesebelasan utama United.’

‘Kehadiran pesaing akan memberikan peluang anda untuk bermain dengan lebih baik. Begitu juga dengan Wan Bissaka. Bawa masuk seorang pemain pertahanan kanan yang baru untuk meningkatkan potensi yang ada pada Bissaka. 100% pasti akan mewujudkan pesaingan yang sihat kepada pemain. Apabila anda bermain untuk setiap perlawanan, anda pasti berasa selesa dengan keadaan anda. dan ia tidak bagus untuk anda.’

‘Saya rasa dia (Bissaka) bermain dengan baik pada musim ini. Dan kemungkinan dia pertahanan kanan terbaik United pada era baru ini. Saya kerap menonton perlawanan yang melibatkan United. Dia mampu melakukan bentesan yang tetap ke arah pemain lawan, kedudukan posisi yang bagus serta kini dia mampu membantu United melakukan serangan dari bahagian sayap tepi.’

‘Wan Bissaka telah bermain dengan baik. Dia masih mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik kerana dia masih muda. Saya berharap dengan kehadiran pemain baru yang akan memberikan dia saingan dan pasti dia akan menjadi pemain yang berkualiti pada masa akan datang. Saya sangat menyukai permainan dia.’

- Advertisement -