Dapatkan Manuel Locatelli

0

Manuel Locatelli merupakan pemain terbaik pada kejohanan Euro 2020 pada ketika ini. Dia kini berada dalam senarai 10 pemain yang harus United perhatikan bagi saingan kempen kali ini.

Manchester City pernah mengintai peluang untuk mendapatkan Manuel Locatelli pada perpindahan Januari lepas.

Sekarang selepas 2 perlawanan, Manuel Locatelli telah menjadi buah mulut bagi peminat-peminat bola sepak di seluruh eropah.

Selepas kegagalan mereka layak pada Piala Dunia 2018, Itali telah merompak besar-besar pasukan mereka dan kini mereka kembali ke kancah Euro 2020.

Mereka berjaya mencatatkan kemenangan bergaya dalam 2 perlawanan dengan menumbangkan cabaran Turkey dan Switzerland dengan jaringan yang sama 3-0. Mereka kelihatan begitu serius untuk mengembalikan kembali era kejayaan pasukan mereka.

Manuel Locatelli merupakan kunci kepada kejayaan Itali. Dia begitu cemerlang pada perlawanan pembukaan dan kemudiannya menjaringkan 2 gol ketika mengatasi Switzerland 3-0 awal pagi tadi.

Dia telah melengkapkan 90 peratus hantarannya dan mecipta 1 peluang serta melakukan 2 ‘interceptions’.

34 daripada hantaran yang dilakukan Manuel Locatelli adalah dikawasan pasukan lawan. Jika dilihat statistik ini, memang sesuai dia bermain untuk United.

Salah satu kritikan hebat kepada Fred dan Scott McTominay adalah kerana mereka kerap membuat hantaran di bahagian bawah dan kurang memiliki kreativiti yang cukup bagus.

Manuel Locatelli merupakan seorang pemain ‘deep lying playmker’. Dia suka mara ke hadapan untuk menjaringkan gol dan dia sangat sesuai dengan taktikal Solskjaer.

Jika dibandignkan Wilfred Ndidi dengan Manuel Locatelli, Ndidi mempunyai ‘tackel’ yang cukup bagus dan ‘aggresive’ tetpai dia menghadapi kesukaran dalam membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

Manuel Locatelli baru berusia 23 tahun dan mempunyai masa depan yang cerah. Dia telah berhijrah dari AC Milan ke Sassuolo pada 2 musim lepas dan kini dia merupakan tonggak utama pasukan tersebut dan keputusan itu adalah tepat tanpa rasa penyesalan.

Pada musim ini, Manuel Locatelli telah melakukan 266 ‘passess’ dan 3167 sentuhan lebih daripada pemain-pemain lain di Serie A. Dengan kehadirannya ke United ia pasti dapat menyempurnakan pergerakan serangan daripada cara permainan United.

Dengan persembahan yang memukau Manuel Locatelli pada Euro 2020 ini, nilainya 30 juta pound berkemungkinan akan mencecah 60 juta pound. Juventus dan Spurs sedang memantau prestasi semasa pemain tersebut.

- Advertisement -