Dapatkan Harry Kane

0 1

Manchester United yang pada sebelum ini ada dikaitkan dengan perpindahan Haaland. Namun begitu, bekas pemain Arsenal, Paul Merson menyarankan United perlu beralih untuk mendapatkan bintang utama Spurs iaitu Harry Kane. United hampir mendapatkan Haaland pada sebelum ini tetapi Haaland telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Dortmund pada Januari 2020.

Haaland yang baru berusia 20 tahun telah menjaringkan 38 gol untuk 40 penampilannya bersama Dortmund. Dia merupakan pemain penyerang yang berkualiti sejak bersama dengan RB Salzburg lagi. United dikatakan masih mengintai peluang untuk mendapatkan Haaland kerana usia Cavani sudah menjangkau pada umur 35 tahun pada tahun hadapan.

Paul Merson yakin Haaland akan membawa United pergi lebih jauh jika United berjaya mendapatkan pemain Norway itu. Namun, Merson lebih cenderung United untuk mendapatkan Harry Kane. ‘ Manchester United telah mempunyai Cavani sebagai seorang penyerang yang bagus, tetapi ia bukanlah sebagai perancangan masa panjang United.’ kata Merson.

‘Jika mereka berjaya mendapatkan Haaland, mereka boleh pergi lebih jauh. Tetapi bukan sesuatu yang mudah, kerana Dortmund pasti ingin mengekalkan khidmat Haaland di sana. United mungkin boleh memilih Kane sebagai pilihan lain. Kane tidak akan ke Chelsea, tetapi dia mungkin akan ke United.’

Kane merupakan watak utama bagi pasukan Spurs sejak kebelakangan ini. Dia merupakan penjaring dan kapten bagi pasukan Spurs. Pemain antarabangsa England ini telah menjaringkan 209 gol dalam 318 penampilan bersama Spurs serta 44 peluang gol yang dicipta untuk rakan sepasukan. Dia mempunyai pengalaman yang bagus dalam bola sepak inggeris. Kehadirannya ke United pasti sangat membantu bahagian serangan United. Pada musim ini Kane telah menjaringkan 21 gol dalam 31 penampilan dan 13 gol daripada itu adalah di Liga Perdana Inggeris.