Danny Ings terbuka hati untuk menyertai Manchester United

0

Rancangan Manchester United untuk menandatangani bekas penyerang Liverpool Danny Ings dikatakan berpotensi menjadi kenyataan kerana Penyerang itu dilaporkan terbuka untuk berpindah ke Old Trafford musim panas ini.

Dalam dua musim terakhir, Ings telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan Southampton. Penyerang itu mula menemui ketajamannya lagi dan produktif dalam menjaringkan gol.

Namun hal tidak terduga berlaku di musim panas ini setelah penyerang itu berhasrat meninggalkan Stadium Saint Mary untuk mencari kelab yang bermain di liga juara-juara eropah.

Khabar angin berlaku setelah penyerang itu menolak untuk melanjutkan kontraknya yang akan tamat pada musim panas tahun depan.

Oleh disebabkan itu Manchester United dilaporkan akan mengambil peluang untuk menandatangani penyerang itu.Laporan dari The Athletic menegaskan  bahawa Ings terbuka untuk berpindah ke Old Trafford.

Menurut laporan itu, Manchester United bukan satu-satunya pasukan yang menagih khidmat Ings pada musim panas ini.Penyerang itu juga menjadi sasaran pasukan seperti West Ham, Tottenham dan Aston Villa pada musim panas ini namun dikatakan ia enggan berpindah ke sana.

Ings dilaporkan mempunyai impian untuk bermain di UCL musim depan, dan setakat ini Manchester United dapat memberikannya peluang itu. Oleh itu, dia terbuka hati untuk berpindah ke United

Menurut laporan itu, Manchester United juga cukup serius untuk menandatangani Ings.Penyerang itu dipastikan akan menjadi pengganti Cavani di barisan serangan United Kerana penyerang berusia 34 tahun itu dilaporkan tidak dapat bermain dalam semua perlawanan untuk United pada musim depan.

Solskjaer dilaporkan menyukai ciri permainan Ings sehingga dia melihat Ings sebagai penyelesaian terbaik untuk serangan mereka.

United dilaporkan tidak perlu mengeluarkan terlalu banyak dana untuk merekrut Ings.Penyerang berusia 28 tahun itu dilaporkan dapat ditebus dengan hanya £20 juta pada musim panas ini.

- Advertisement -