Daniel James harus dipinjamkan supaya memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak

0

Masa depan Daniel James pada musim hadapan pasti menarik untuk kita saksikan.

Pada pandangan editor, dia telah mempamerkan aksi yang bagus ketika Euro 2020. Namun kehadiran Jadon Sancho pasti akan membuatkan James berada dalam keadaan tidak menentu pada permulaan musim baru nanti.

Oleh yang demikian muncul idea untuk dipinjamkan.

Menurut akhbar The Sun, Brighton berminat untuk mendapatkan James secara pada musim panas ini namun United tidak mahu melepaskan James.

Dia pasti kecewa jika perjalanan kariernya bersama pasukan United berakhir dengan terlalu awal. Dia berhijrah ke United dengan nilai 15 juta pound dan dia kelihatan begitu bergelut dengan prestasi semasanya ketika bersama United. Namun dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki perkara tersebut.

Dia sangat suka bermain untuk United dan dia berjaya juga bermain dengan baik ketika menentang pasukan kuat dibawah pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Dia baru berusia 23 tahun. Dia mempunyai kepantasan dan kerjasama yang baik dalam pasukan. Sudah tentu United tidak akan menjualnya pada musim panas ini.

Walaupun Sancho telah hadir dengan nilai jutaan pound, Solskjaer pasti mahu mengekalkan James. Solskjaer boleh meminjamkan James untuk memberikan dia lebih minit bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

Perkara ini pasti akan memberikan kebaikan kepada United selepas meilihat perkembangan baik Jesse Lingard ketika dipinjamkan ke West Ham. James pasti akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan ia bagus untuk perkembangan kariernya dengan United pada masa akan datang.

- Advertisement -