Daniel James bakal ke Leeds United

0

6A3F64EE-E351-4B6F-89B2-A3BF72AE0FCBManchester United dijangka akan melepaskan pemain sayap mereka Daniel James untuk pergi mencari haluan baru demi masa depan pemain itu.

Hal Ini dilakukan setelah mereka berjaya mendapatkan lagenda mereka Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Dua pasukan Liga Perdana Inggeris, Leeds dan Everton dilaporkan berminat  untuk khidmat James namun menurut Fabrizio Romano Leeds United berada di posisi terdepan untuk mendapatkan tandatangan bintang Wales ini.

James dijangka akan dijual jika United mendapat tawaran yang tepat untuk pemain ini.Buat masa ini Manchester United masih menunggu tawaran rasmi dari kelab yang berminat untuk khidmatnya.

James, 23, dilaporkan hampir menyertai dengan Leeds pada Januari 2019.Namun, langkah itu gagal, selepas ia membuat keputusan untuk menyertai Man United dari Swansea dengan harga £15 juta pada musim panas itu.

James telah membuat 74 penampilan untuk pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dan telah menjaringkan sembilan gol dan memberikan sembilan assist. 

- Advertisement -