Dalot:”Kami sudah melakukan yang terbaik”

0

ABD3E0EF-59A9-4EB1-9930-3A60699D205BPertahanan muda Manchester United, Diogo Dalot mengakui bahawa dirinya sangat kecewa kerana pasukannya tewas menentang West Ham pada pertembungan pusingan ketiga Carabao Cup di Old Trafford.

Dalot mengatakan bahawa United telah berusaha memenangi perlawanan itu tetapi sayangnya nasib keberuntungan tidak ada di pihak mereka.

Dia juga mengatakan bahawa skuad Manchester United telah berjuang dengan sekuat tenaga untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Tetapi dia mengatakan pasukannya tidak bernasib baik kerana mereka gagal menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

“Kami telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini, tapi sayangnya usaha kami tidak cukup untuk membuat kami menang,” kata Dalot kepada MUTV.

Dalot juga menghargai sokongan para penyokong setia United dalam pertandingan Piala Carabao pada khamis.Dia juga berjanji bahawa United akan bangkit untuk membuat peminat gembira.

“Terima kasih kepada peminat kami atas sokongan luar biasa.Kami akan bekerja keras untuk perlawanan seterusnya.

- Advertisement -