Cukup-cukuplah kritikan ke atas Lindelof

0 2

Kapten pasukan Manchester United, Harry Maguire tidak senang duduk dengan kritikan ke atas rakan sepasukanya Victor Lindelof dalam perlawanan malam tadi. Maguire dan Lindelof adalah gandingan pertahanan tengah yang United ada pada ketika ini. Mereka sering diturukan dalam kesebelasan utama United disebabkan Solskjaer tiada pilihan lain di samping kecederan yang menimpa Bailly.

Lindelof mendapat kritikan hebat ketika gol awal West Brom. Dia gagal mengawal dengan baik Mbaye Diagne sehinggakan pemain itu berjaya menanduk masuk gol pertama West Brom. Namun selepas pada itu, United melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pasukan lawan dan berjaya memperolehi gol penyaman sebelum separuh masa pertama menerusi Bruno Fernandes. Dengan 1 mata yang berjaya dikutip di tempat lawan ini, United berjaya merampas kembali kedudukan no 2 liga tetapi masih berkongsi mata dengan pasukan Leicester cuma United mempunyai kelebihan perbezaan jaringan gol.

Peminat United sering kali mengkritik aksi Lindelof yang dikatakan terlalu mudah untuk ditewaskan dalam situasi bola 1 lawan 1. Lindelof pada aksi perlawanan malam tadi seharusnya pergi ke arah bola berkenaan untuk menyelamatkan keadaan kerana pemain lawan mempunyai susuk badan yang lebih tegap. Bola tersebut tidak dapat diselamatkan De Gea walaupun ada usaha yang dilakukan oleh penjaga gol itu.

‘Kami begitu kecewa melepaskan gol pada awal permainan. Kami yang seharusnya mendapatkan gol pertama ketika bermain di tempat lawan. Tetapi kami gagal mengawal baik permainan selepas sepak mula dilakukan.’ kata Maguire. ‘Saya dah begitu muak mendengar kritikan mengenai Lindelof. Peminat sering kali berkata dia sepatunya melakukan lebih baik dari itu dan saya tahu dia boleh melakukannya. Cukuplah kritikan-kritikan itu.’

Maguire tidak bersetuju dengan kesalahan gol pertama itu berpunca daripada Lindelof dan menjadi faktor kegagalan United mendapatkan 3 mata. Lindelof telah melakukan dengan baik sepanjang perlawanan malam tadi. ‘Saya tahu Lindelof pasti kecewa dan dia akan menerima kritikan di atas gol berkenaan. Tetapi pergelutan semasa situasi itu sepatunya menjadi perbicaraan. Bukan kesalahan Lindelof.’

‘Lindelof berhadapan dengan penyerang pasukan lawan yang mempunyai fizikal yang tegap dan dia telah dipegang dan ditutup mukanya. Saya pernah alami situasi ini ketika United menentang Burnley. Tetapi gol berkenaan tidak dikira. ‘