Cuaca Panas menjadi faktor persembahan mengecewakan

0

Perancis telah mempamerkan aksi yang memukau ketika perlawanan pembukaan menentang Jerman pada Euro 2020. Paul Pogba merupakan pemian terbaik perlawanan dan menjadi bualan peminat.

Namun segala serba tidak menjadi pada perlawanan menentang Hungry dan Pogba beraksi dengan kurang menyerlah.

Perancis hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah yang bermain begitu bersemangat sepanjang perlawanan. Tiada seorang pemainpun yang bermain di tahap yang sebenar seperti mereka bermain menentang pasukan Jerman.

Pogba yang terkesan dengan persembahan yang kurang memuaskannya pada perlawanan itu telah mengakui faktor cuaca panas adalah penyebabnya.

“Sudah lama kami tida bermain dalam cuaca sebegini. Padang yang begitu kering dan cuaca matahari yang begitu memeritkan. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya bermain dengan cuaca panas terik ini.”

Pemain bintang United ini meraskaan keputusan ini memberi amaran kepada mereka untuk memberi respon yang lebih baik pada perlawanan seterusnya.

Pogba berkata,”Kami masih kecewa dengan keputusan tersebut. Kami harus bermain dengan lebih baik dan melayakkan tempat ke peringkat seterusnya. sekarang kami ada baki 1 perlawanan dan jika kami terus begini, kami akan ucapkan selamat tinggal untuk Euro 2020 dan ia sesuatu yang mengejutkan semua peminat.”

Pogba akan bertemu dengan rakan sepaskannya dari Portugal iaitu Bruno Fernandes pada perlawanan terakhir. Ia merupakan perlawanan ulangan di mana pada Euro 2016, Perancis teaqs 1-0 kepada Portugal. Pogba berkata, kekalahan tersebut tidak dapat dilupakan oleh para pemain pada waktu itu.

Apa yang pasti mereka akan bermain di tempat yang sama Budapest, Hungry. Cuma waktu akan dilewatkan ke jam 12 tengah malam waktu malaysia. Cuaca mungkin akan sedikit kurang panas.

Pogba sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua peminatnya.

- Advertisement -