Cristiano Ronaldo sampaikan mesej kepada peminat

0

Cristiano Ronaldo berkata dia teruja selepas memecahkan rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 2 gol ketika Portugal menentang Republik of Ireland sekaligus mengatasi pemegang rekod pada sebelum ini yang bermain untuk pasukan Iran, Ali Daei.

Rangkuman aksi jaringan Cristiano Ronaldo pada perlawanan menentang Ireland

Ali Daei telah memegang rekod 109 gol pada sebelum ini. Jaringan Cristiano Ronaldo membantu Portugal menang 2-1 ke atas Ireland. Cristiano Ronaldo dijangka akan berpeluang menambah lagi koleksi gol tersebut kerana dia tidak lagi menunjukkan ciri-ciri dia ingin bersara pada ketika ini.

Kejayaan menjaringkan 111 gol bersama pasukan Portugal.

Kejayaan ini membolehkan Cristiano Ronaldo telah menerima anugerah ‘Official Guinness World Record’ bagi kategori penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Cristiano Ronaldo telah memulakan kariernya di peringkat antarabangsa pada tahun 2003 dan menjaringkan gol pertamanya pada tahun 2004.

Mesej yang disampaikan Cristiano Ronaldo kepada peminat.

‘Saya tidak tahu bagaimana nak memulakan percakapan ini. Saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan ia sesuatu yang luar biasa. Ayuh Portugal, Ayuh Portugal Ayuh Portugal!. Segala pencapaian rekod yang saya berjaya pecahkan sepanjang karier saya ini sangat istimewa bagi diri saya dan saya benar-benar berasa gembira.’

Sejak daripada itu, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 111 gol. Daripada dengan jumlah itu, 97 gol hadir bukan daripada penalti. Dan daripada jumlah 111 gol itu juga, 91 gol pula hadir dari perlawanan kompetitif bukan perlawanan persahabatan.

Ini merupakan satu pencapaian luar biasa daripada Cristiano Ronaldo. Kejayaan ini pasti akan membuatkan para peminat United sangat berbangga dengan pencapaian tersebut. Cristiano Ronaldo kini kebali ke United pada minggu hadapan sebagai penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa dan juga penjaring terbanyak dalam kejohanan Piala Juara-Juara Eropah.

Di antara rekod yang dipegangn Cristiano Ronaldo.

Walaupun usianya mencecah 36 tahun, dia masih lagi mempamerkan aksi berkualiti dan bertenaga. Dengan kejayaan terbaru ini sekaligus membuktikan di adalah pemain terbaik dunia sepanjang zaman. Jika dia berjaya membantu United memenangi semula trofi pada musim ini, maka itu akan menambahkan lagi pencapaian terbaik dalam kariernya. Dia telah menjaringkan gol pada setiap kejohanan besar yang disertainya di peringkat antarabangsa sejak dari Euro 2004.

Cristiano Ronaldo dijangka akan bermain sehingga usianya 40 tahun.

- Advertisement -